Sidebar

11
Sel, Mei

KEMALANGAN LORI TANGKI MINYAK DIESEL DI LEBUHRAYA PLUS ARAH SELATAN BEHRANG, PERAK PUNCA LPA SUNGAI SELISIK, SELANGOR HENTI TUGAS

Alat
Tipografi

28 Mei 2020

KENYATAAN

KEMALANGAN LORI TANGKI MINYAK DIESEL DI LEBUHRAYA PLUS ARAH SELATAN BEHRANG, PERAK PUNCA LPA SUNGAI SELISIK, SELANGOR HENTI TUGAS

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah menerima laporan berhubung Loji Pembersihan Air (LPA) Sungai Selisik di Selangor terpaksa dihenti tugas pada jam 11.45 malam, semalam (27 Mei 2020) ekoran insiden tumpahan minyak diesel membabitkan kemalangan lori tangki minyak diesel di Kilometer (KM) 389.5, arah selatan, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Behrang, Perak kira-kira jam 12.30 tengah hari (27 Mei 2020).

Kemalangan membabitkan pelanggaran di antara lori tangki minyak diesel dan sebuah van keselamatan sehingga menyebabkan tangki muatan diesel lori berkenaan pecah. Hasil siasatan mendapati kemalangan tersebut telah menyebabkan tumpahan sisa minyak diesel ke kawasan lebuhraya sehingga ke Sungai Siah, Perak. Sehubungan itu, LUAS telah mengaktifkan Kod Kuning berdasarkan Manual Kecemasan Pencemaran Sumber Air bagi siasatan secara menyeluruh di kawasan terlibat yang berisiko menyebabkan henti tugas LPA Sungai Selisik pada jarak 2.7 km di bahagian hilir.

LUAS mengambil tindakan pantas dengan memasang oil-boom di kawasan aliran yang terjejas bagi mengawal baki aliran minyak dari mengalir ke dalam Sungai Bernam. Siasatan menyeluruh serta pensampelan telah dijalankan oleh LUAS bersama pihak AIR Selangor bermula di sebuah kawasan ladang kelapa sawit berhampiran lokasi kejadian sehingga ke kawasan Sungai Kelawar dan seterusnya Sungai Bernam.

Pihak JAS Perak telah melantik kontraktor bagi kerja-kerja penyedutan baki sisa minyak di kawasan yang aliran yang bertakung berhampiran lebuh raya. Kerja-kerja penyedutan baki sisa minyak terpaksa dihentikan buat sementara waktu sekitar jam 4.50 pagi berikutan keadaan kawasan yang gelap dan sukar untuk melakukan kerja-kerja penyedutan dan pembersihan. Pihak LUAS, JAS Perak dan PLUS akan memantau dan melaksanakan susulan terhadap kerja-kerja penyedutan baki sisa minyak tersebut.

Sepanjang musim perayaan ini, pelaksanaan OPS Sumber Air Negeri Selangor dengan tindakan bersepadu dan kerjasama semua agensi berkaitan telah memantau dan meminimakan risiko berlakunya insiden pencemaran yang berpotensi menjejaskan bekalan sumber air mentah dan memastikan tiada henti tugas LPA berlaku.

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Whatsapp : +6019 264 7904

LEMBAGA URUS AIR SELANGOR