Sidebar

06
Jum, Dis
As soon as you open an account Bet365 will send you a 10 digit Offer Code via email. Receive Your £200 bet365 Welcome Promo Bonus plus £50 Mobile Promo

Kajian Sumber Air

Alat
Tipografi
BIL NAMA KAJIAN TUJUAN TAHUN
ABSTRAKSI AIR
1. Kajian Water Allocation Plan Negeri Selangor
  • Kajian ini dijalankan untuk menentukan keperluan optima sumber air bagi setiap sektor di Negeri Selangor.
  • Menentukan status penggunaan sumber air bagi setiap sektor dan menganalisa potensi serta kebolehdapatan sumber air di kawasan yang terlibat.
  • Menyediakan pelan perancangan bagi memperuntukkan sumber air mengikut sektor.
  • Menyesyorkan polisi dan langkah-langkah memperuntukkan air setiap sektor terutama di kawasan persempadanan negeri bagi menangani situasi kritikal.
2019
2.

Kajian Water Footprint Skim Pelesenan & Caj Abstraksi Air Bagi Aktiviti Pertanian, Akuakultur & Penternakan Negeri Selangor

  • Untuk menentukan keperluan sumber air di selangor untuk akuakultur, penternakan dan pertanian untuk menilai sama ada penggunaan sumber air dibuat dalam persekitaran yang mampan, sumber yang cekap dan dibahagikan sewajarnya.
  • Mengenal pasti kriteria pertanian sara diri, penternakan dan akuakultur tidak tertakluk kepada kategori 'pertanian sara diri' di bawah Enakmen LUAS 1999, Seksyen 45 (1)
  • Mengenal pasti beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam membuat “water footprint” dan mencadangkan kaedah yang sesuai dan terbaik bersama dengan anggaran kos yang terlibat untuk setiap kaedah
Mac 2018
3. Kajian Kebolehdapatan Sumber Air Bumi Negeri Selangor untuk LUAS
  • Menentukan ketersediaan sumber air bawah tanah di negeri Selangor dari segi kuantiti dan kualiti serta persekitaran yang boleh dibangunkan dengan cara yang mampan.
  • Melahirkan peta kawasan air bawah tanah pada skala 1: 50,000 untuk membantu dalam perancangan pembangunan air bawah tanah yang berpotensi dari segi kuantiti dan kualiti yang sesuai untuk tujuan minuman / pengairan. Peta dibahagikan menurut lembangan air bawah tanah yang sesuai.
Mei 2015
4. Kajian Semula Skim Pelesenan dan Caj Abstraksi Sumber Air Negeri Selangor
  • Menyemak dan menilai semula kesesuaian kadar lesen dan caj abstraksi sumber air dan mengambil kira keadaan ekonomi dan kesan abstraksi ke atas alam sekitar.
  • Membuat analisis kos manfaat bagi cadangan lesen dan caj abstraksi sumber air ke atas pelbagai kategori dan jenis sumber air.
2015
UNIT PROJEK
1. Kajian Kolam Bekas Lombong Sebagai Kolam Takungan Aliran Air Banjir Di Lembangan Sungai Selangor Untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan untuk membangunkan kolam-kolam bekas lombong di Bestari Jaya sebagai kolam takungan hiliran dan sumber air tambahan di Negeri Selangor. 2013
2. Kajian Kebolehlaksanaan (Feasibility Study) Bagi Membangunkan Sumber Air Tambahan Dari Projek Tebatan Banjir Sungai Rasau, Daerah Sepang Untuk Lembaga Urus Air Selangor Untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan untuk membangunkan kolam-kolam tebatan banjir JPS di Sungai Rasau sebagai kolam takungan hiliran dan sumber air tambahan di Negeri Selangor. 2015
3.

Kajian Perbandingan Pelaksanaan Pembinaan Kolam

Takungan Hiliran Sumber Air Bestari Jaya Berupaya Membekalkan Sumber Air

Sehingga 3000 JLH (HORAS 3000)

Untuk menjalankan kajian perbandingan perlaksanaan projek HORAS 3000 dari segi hasil-hasil kepada Kerajaan Negeri Selangor selain daripada hasil pasir dan tanah liat serta opsyen-opsyen pembangunan selain daripada pembangunan sumber air. 2018
PEJABAT WILAYAH KLANG/SG. BULOH
1. Kajian Penyediaan Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (Irbm) Lembangan Sungai Klang (2016-2021)

Kajian ini mencadangkan strategi – strategi bersama tindakan kawalan berdasarkan isu yang timbul daripada penilaian dan analisis data yang telah dilakukan serta maklumat sedia ada berkaitan lembangan dengan memfokuskan empat bidang polisi utama bagi tiga tempoh masa perancangan iaitu:

  • Jangka pendek :< Dua tahun (2016 -2017)
  • Jangka sederhana: Dua hingga lima tahun (2017 – 2021)
  • Jangka panjang: > Lima tahun (selepas 2021)

Agensi yang bertanggungjawab ke atas strategi dan tindakan kawalan yang dicadangkan turut dinyatakan dalam laporan ini supaya setiap pihak jelas akan tugas dan peranan masing – masing. Terdapat agensi utama dan agensi sokongan yang akan terlibat dalam setiap tindakan kawalan yang dicadangkan. Agensi utama akan bertanggungjawab dalam mengetuai dan menguruskan tindakan kawalan yang telah dikenalpasti dan memilih agensi sokongan bagi membantu dalam melaksankan tindakan tersebut. Sesetengah tindakan kawalan akan melibatkan lebih daripada sebuah agensi utama khususnya tindakan kawalan yang melibatkan agensi kerajaan negeri dan persekutuan.

2016
2. Laporan Pantai Negeri 2012-2014 Untuk Daerah Klang, Kuala Langat Dan Sepang

Tujuan utama kajian ini adalah untuk menyediakan laporan 'Laporan Pantai - 2012 hingga 2014' untuk Daerah Klang, Kuala Langat dan Sepang.

2015
3. Laporan Pantai Negeri 2012 - 2014 Untuk Daerah Kuala Selangor Dan Sabak Bernam Tujuan utama kajian ini adalah untuk menyediakan laporan 'Laporan Pantai - 2012 hingga 2014' untukKuala Selangor dan Sabak Bernam. 2015
4. Laporan Pantai Negeri Untuk Daerah Klang, Kuala Langat Dan Sepang – Bahagian Kedua

Tujuan utama kajian ini adalah untuk menyediakan laporan 'Laporan Pantai Negeri - 2015 hingga 2017' untuk Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Daerah Sepang.

2018
5. Kerja-Kerja Pemetaan Dan Inventori Aktiviti Guna Tanah Di Sungai Sembah Dan Anak-Anak Sungainya, Sungai Klang, Sungai Damansara, Sungai Semenyih, Sungai Rinching Dan Sungai Beranang Untuk Lembaga Urus Air Selangor
  • Untuk mengumpul maklumat aktiviti guna tanah di kawasan rizab sungai yang berpotensi untuk menyumbang kepada pencemaran sumber air.
  • Mengenal pasti langkah-langkah kawalan yang boleh dilaksanakan oleh Lembaga dan agensi berkaitan bagi meminimumkan risiko pencemaran mana-mana sumber air.
  • Sebagai panduan kepada Lembaga dalam penyediaan ulasan teknikal bagi sebarang cadangan pembangunan di masa akan datang.
2018
PEJABAT WILAYAH LANGAT/SEPANG
1. Sungai Langat River Basin Management Plan 2015-2020

Empat (4) polisi utama yang digariskan iaitu:

  • Polisi 1-Memastikan air mencukupi
  • Polisi 2-Memastikan air bersih
  • Polisi 3-Mengurangkan risiko banjir
  • Polisi 4-Kemudahan untuk navigasi jalan air pedalaman

Terdapat 17 Strategi dan 66 Langkah Kawalan untuk pelaksanaan

Tempoh pelaksanaan:

  • Jangka pendek < 2 tahun
  • Jangka sederhana 2 – 5 tahun
  • Jangka panjang > 5 tahun
2015-2020
2.

Penyediaan Laporan ‘State Of The River Report,Sor’ 2015 Untuk Lembangan Sungai Selangor, Sungai Langat, Sungai Klang Dan Sungai Bernam

  • Objektif utama ialah untuk menyediakan Laporan ‘State of the River Report - 2012-2014’ untuk Sungai Selangor, Sungai Langat dan Sungai Klang.
  • Tujuan penerbitan Laporan ini ialah bagi meningkatkan kesedaran awam tentang pemeliharaan sumber air dan melaporkan status terkini sungai, tren serta usaha-usaha yang dilaksanakan untuk meningkatkan kualiti air sungai.
2015
PEJABAT WILAYAH SELANGOR/BERNAM

1.

Kajian Pemuliharaan Muara Sungai Dan Kawalan Hakisan Pantai Serta Kerja-Kerja Berkaitan di Bagan Sekinchan, Daerah Sabak Bernam.

Mengenalpasti kawasan hakisan dan kaedah hakisan termasuk pemecah ombak yang sesuai setelah mengambil kira kesan hidraulik dan alam sekitar sebelum kerja-kerja bagi cadangan membina pusat pengumpulan ikan dilaksanakan 2018
2 Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Selangor Mengemaskini Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu bagi Polisi 1 hingga Polisi 4 dari tahun 2015 hingga 2020. 2015 - 2020
3 The Second State of The Coast of Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam and Sepang

Mengemaskini dan menganalisis Pelan Pengurusan Pantai dari tahun 2015 hingga 2017.

2018