Loader
Logo LUAS
Print
Published at :
Modified at : 2023-12-06
Jumlah pelawat : 18574
Pengenalan

Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Mesyuarat Negeri Selangor telah mewartakan Peraturan – Peraturan Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Pencemar (Negeri Selangor) 2012 pada 19 April 2012.

Satu hebahan akhbar berkenaan pewartaan Peraturan ini telah dibuat oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) pada 10 Jun 2012 di mana berkuatkuasa mulai 20 April 2012 dan hanya terpakai di Negeri Selangor semua tujuh (7) aktiviti berjadualdi bawah Peraturan dikehendaki mendapatkan Lesen daripada LUAS bertujuan bagi mengawalselia pelepasan bahan pencemar daripada aktiviti – aktiviti tersebut.

Setiap aktiviti berjadual tersebut hanya akan tertakluk sekiranya kuantiti dan deskripsinya jatuh di bawah skop yang ditetapkan. Sebarang pelepasan bahan pencemar daripada aktiviti tersebut ke dalam sumber air hendaklah mematuhi had piawaian yang telah ditetapkan. Sebarang ketidakpatuhan akan tertakluk kepada caj dan penalti yang ditetapkan.

Setiap lesen dikeluarkan secara tahunan dan ianya tertakluk kepada fi pendaftaran dan fi lesen yang telah ditetapkan.

Kehendak Peraturan :

  1. Mendapatkan Lesen Kemasukan atau Pelepasan Bahan Pencemar.
  2. Tentukan titik pelepasan akhir di premis.
  3. Laporan analisis efluen setiap tiga (3) bulan.
  4. Analisis oleh makmal akreditasi.
  5. Memastikan pelepasan efluen tidak melebihi had piawaian.
Peranan LUAS

Setiap aktiviti berjadual adalah tertakluk di bawah Peraturan ini dan hendaklah mendapatkan Lesen Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Pencemar LUAS.

Premis yang telah dilesenkan adalah tidak dibenarkan melepaskan efluen daripada premis dengan melebihi had piawaian yang telah ditetapkan.

Bagi premis yang tidak tertakluk di bawah peraturan adalah juga dikehendaki memastikan efluen yang dilepaskan tidak melebihi had piawaian yang telah ditetapkan. Jika didapati premis gagal mematuhi had piawaian yang telah ditetapkan, pihak Lembaga boleh mengeluarkan Notis Arahan kepada premis bagi tujuan kerja-kerja pembersihan, langkah-langkah mitigasi dan penambahbaikan mengikut keadaan dan tahap kes pencemaran selaras dengan Seksyen 41(4), 43(2), 96 (4) dan 121(1), Enakmen LUAS 1999.

Pemeriksaan pematuhan kepada syarat lesen akan dijalankan oleh pihak Lembaga dan sekiranya terdapat perlanggaran had parameter yang dibenarkan untuk setiap aktiviti berjadual oleh pihak pemohon atau premis, Lembaga berhak untuk mengenakan :

  1. Caj perlanggaran.
  2. Pembatalan lesen.
  3. Kompaun.
  4. Pendakwaan
Punca Kuasa

Adalah berdasarkan Seksyen 79, Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 iaitu :

Seksyen 79. Larangan pencemaran sesuatu sumber air

79. (1) Kecuali sebagaimana yang telah dibenarkan secara nyata di dalam mana-mana undang-undang bertulis tiada seorang pun, kecuali di bawah dan menuruti terma-terma dan syarat-syarat lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen ini, menyebabkan kemasukan atau melepaskan ke dalam mana-mana sumber air;

(a)apa-apa bahan beracun, bahan memudaratkan atau bahan pencemar atau bahan buangan yang akan menyebabkan atau berkemungkinan menyebabkan atau menyumbang kepada terjadinya suatu sumber air atau bahagiannya merbahayakan, memburukkan atau menjejaskan kesihatan, keselamatan atau kebajikan orang awam atau kehidupan atau kesihatan haiwan atau tumbuh-tumbuhan atau padanya atau terhadap penggunaan berfaedah lain sumber air itu;

(b)apa-apa bahan yang disebabkan haba, kandungan biologi atau kimianya atau kesannya menukarkan warna air membuat atau menyumbangkan terhadap membuatkan sumber air atau bahagiannya itu berpotensi merbahayakan kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau kehidupan atau kesihatan haiwan atau tumbuh-tumbuhan atau menjejaskan penggunaan berfaedah lain sumber air itu;

(c)apa-apa bahan yang disebabkan keadaan fizikal, kandungan kimia atau biologi, atau kesannya menukarkan warna air membuat atau menyumbangkan terhadap membuatkan sumber air itu sukar dipulihkan atau menjejaskan aliran, kualiti atau kuantiti air di dalam sumber air itu; dan

(d)minyak dalam apa-apa bentuk, minyak yang telah digunakan, bahan buangan atau bahan buangan yang mengandungi minyak atau sebaliknya.

(2) Apabila apa-apa kemasukan atau pelepasan itu telah dibuat, tuan punya atau penghuni hartanah dari mana kemasukan atau pelepasan itu berpunca hendaklah, kecuali dibuktikan sebaliknya, dianggap telah melepaskan atau menyebabkan kemasukannya ke dalam sumber air itu.

(3) Lesen untuk memasukkan atau membuang ke dalam mana-mana sumber air mana-mana bahan yang disebutkan di dalam subseksyen (1) boleh diberikan oleh Lembaga menurut Seksyen 59.

(4) Seseorang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi seratus ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi tempoh tiga tahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya lima ribu.

Fi Dan Caj
Bil.JenisFi
1.Pendaftaran (Sekali Sahaja) RM150
2.Fi Lesen (Setiap Tahun) RM650
PERMOHONAN KEMASUKAN DAN PELEPASAN BAHAN PENCEMAR

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah mula melaksanakan permohonan Lesen Kemasukan atau Pelepasan Bahan Pencemar secara atas talian (online)mulai 1 Julai 2018.

Setiap permohonan baru / pembaharuan Lesen Kemasukan atau Pelepasan Bahan Pencemar hendaklah melalui Sistem Pelesenan Efluen (LEDS).

Permohonan boleh dibuat dengan mengikuti langkah seperti berikut :

  1. Layari laman sesawangelesen.luas.gov.my
  2. Klik Pendaftaran Pengguna Baru(bagi pengguna baru).

Log masukkemudian klik icon LEDS.

DOKUMEN PERMOHONAN

Tiada sebarang borang yang digunakan . Permohonan secara atas talian. Layari elesen.luas.gov.my


Artikel Berkaitan

FacebookFollow us on Facebook
TwitterFollow us on Twitter
YoutubeFollow us on Youtube
RSSFollow our RSS Feed
InstagramFollow us on Instagram