Loader
Logo LUAS
Print
Published at :
Modified at : 2023-12-06
Jumlah pelawat : 9115
Pengenalan
Navigasi Jalan Air Pedalaman merupakan aktiviti pelayaran vesel-vesel yang membawa barang atau penumpang di atas badan air seperti tasik, tanah perairan, terusan atau sungai yang berada di luar kawasan had pelabuhandan pemilik vesel dikehendaki mendaftarkan vesel dengan LUAS.
Peranan LUAS

Peranan Lembaga dalam mengawal badan air melalui lesen untuk vesel adalah seperti berikut:

  • Penambahbaikan sistem trafik di mana-mana jalan air pedalaman bagi mengelakkan pelanggaran vesel;
  • Mengenalpasti dan menyediakan tapak berlabuh untuk vesel di mana-mana jalan air pedalaman;
  • Mengawal pengangkutan barang dan penumpang oleh vesel;
  • Mengawalselia operasi vesel dan mengawal pencemaran sumber air;
  • Menyumbang pendapatan kepada negeri.
Punca Kuasa

Kawalan Navigasi Jalan Air Pedalaman di badan air Negeri Selangor dikawalselia berdasarkan Seksyen 96 dan 97 Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999.

Peraturan telah diwartakan pada 19 April 2012 dan berkuatkuasa pada 20 April 2012Selangor 1999.

Hebahan akhbar telah dibuat pada 10 Jun 2012 di akhbar Berita Minggu dan New Sunday Times untuk memaklumkan pewartaan dan kehendak Peraturan.

Fi Dan Caj
Tempoh Lesen Setahun
Bayaran dikenakanFi PendaftaranRM150.00 (sekali sahaja)
Fi VeselRM150.00 (sekali sahaja)
Fi Lesen Mengikut KelasKelas I – 0-500 tonRM 500
Kelas II – 501-1000 tonRM 1,000
Kelas III – 1001-2000 tonRM2,000
Kelas IV – 2001-3000 tonRM 3,000
Kelas V – 3001-4000 tonRM 4,000
Kelas IV – 4001-5000 tonRM 5,000
Permohonan Vesel dan Lesen Navigasi Jalan Air Pedalaman
  • Borang permohonan pendaftaran vesel dan dan lesen Navigasi Jalan Air Pedalaman No. Borang : U014-F4-001-00
  • Bayaran yuran pendaftaran bagi pendaftaran baru RM150
  • Pemohon perlu menyertakan salinan berikut :
    • Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat
    • Salinan Sijil pendaftaran Perkapalan/Vesel
    • Salinan surat ulasan daripada jabatan/agensi jika ada
    • Salinan Surat Kebenaran membawa muatan dari Jabatan Laut
    • Salinan Polisi Insurans/tempoh sah tidak kurang 3 bulan
    • Master-Salinan Lesen Mengemudi
    • Jenis muatan yang diluluskan iaitu barang atau penumpang

Cara Permohonan

Layari laman sesawang Sistem Pelesenan Navigasi Jalan Air Pedalaman (LENS): elesen.luas.gov.my


Artikel Berkaitan

FacebookFollow us on Facebook
TwitterFollow us on Twitter
YoutubeFollow us on Youtube
RSSFollow our RSS Feed
InstagramFollow us on Instagram