Loader
Logo LUAS
Print
Published at :
Modified at : 2024-02-14
Jumlah pelawat : 3950
Pengenalan

Aktiviti Pengubahan Sumber LUAS tertakluk di bawah Seksyen 43Enakmen LUAS 1999 yang menerangkan tentang kuasa Pengarah terhadap zon banjir, rizab sungai, zon perlindungan, badan air dan perairan pantai.

LUAS sebagai agensi yang berperanan menjaga sumber air di negeri Selangor telah mewajibkan permohononan Kebenaran Bertulis oleh mana-mana pemaju dikemukakan dan diluluskan sebelum sesuatu projek yang berkaitan dengan sumber air dijalankan. Kebenaran Bertulis ini amat perlu dalam menitikberatkan penjagaan alam sekitar sumber air di Negeri Selangor.

Berikut merupakan Senarai Aktiviti Pengubahan Sumber.

Peranan LUAS

Peranan Lembaga di dalam pemberian Kebenaran Bertulis adalah seperti berikut:

  1. Untuk memastikan kualiti air sungai sentiasa terpelihara;
  2. Meminimakan impak pencemaran terhadap sumber air semasa kerja-kerja pembinaan dijalankan;
  3. Memudahkan Lembaga melakukan pemantauan terhadap pemaju-pemaju yang melakukan kerja-kerja pembinaan yang melibatkan sumber air;
  4. Menguatkuasakan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999;
  5. Memberikan kesedaran kepada pihak berkepentingan tentang peranan masing-masing dalam pemuliharaan sumber air; dan
  6. Menanam sikap tanggungjawab, menyayangi dan menghormati kepentingan memelihara sungai di kalangan pemaju.
Punca Kuasa
Kawalan Aktiviti Pengubahan Sumber di bawah Seksyen 43 Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999.Peraturan-peraturan Aktiviti Pengubahan Sumber (Selangor) 2013 telah diwartakan di bawah Seksyen ini pada 10 Oktober 2013 dan berkuatkuasa pada 11 Oktober 2013
Fi Dan Caj

Aktiviti Pengubahan Sumber

Fi Pendaftaran = RM150 (sekali sahaja)

Fi Lesen = RM200 (setiap tahun)

Caj Aktiviti Jeti Tahunan

Perkara Jumlah Caj/Fi

a) Jeti persendirian yang digunakan untuk mengimport dan mengeksport barang-barang sendiri

RM0.20 se tan tertakluk kepada caj minima RM1,000 setahun

b) Jeti yang digunakan untuk mengimport dan mengeksport barang-barang lain (kecuali logam)

RM0.25 se tan tertakluk kepada caj minima RM1,500 setahun

c) Jeti yang digunakan mengimport dan mengeksport logam

RM0.35 se tan tertakluk kepada caj minima RM2,000 setahun

d) Jeti yang digunakan sebagai tempat untuk membina vesel

RM70.00 per vesel tertakluk kepada caj minima RM2,000 setahun

e) Jeti yang digunakan sebagai tempat untuk memperbaiki vesel

RM100.00 per vesel tertakluk kepada caj minima RM2,500 setahun

f) Jeti persendirian yang digunakan bagi maksud yang tidak dinyatakan di (a), (b), (c), (d) dan (e) di atas

a) Jeti pelancongan = RM2,200 setahun

b) Lain-lain = RM600.00 setahun

Permohonan Aktiviti Pengubahan Sumber

Panduan Permohonan Kebenaran Bertulis

  1. Pendaftaran pengguna baru di laman web elesen.luas.gov.my. Pilih Sistem Kebenaran Bertulis. Pengguna boleh merujuk Manual Pengguna Sistem Kebenaran Bertulis yang disertakan. (Nama syarikat yang didaftarkan adalah nama pemegang lesen dan disarankan syarikat pemaju sebagai pemegang lesen bagi projek bukan kerajaan)
  2. Pemohon dikehendaki log masuk ke laman web elesen.luas.gov.my setelah menerima emel pengesahan.
  3. Pemohon dikehendaki membuat permohonan baru/pembaharuan Kebenaran Bertulis Aktiviti Pengubahan Sumber.
  4. Sekiranya Permohonan Baru dan Pembaharuan Yang Lewatsila buat bayaran pendaftaran sebanyak RM150di pejabat Lembaga.
  5. Pemohon dikehendaki mengemukakan dokumen yang diperlukan seperti di dalam Senarai Semakkepada Lembaga dalam tempoh 7 hari.
  6. Pemohon akan menerima notifikasi melalui emel sekiranya maklumat perlu dikemaskini atau permohonan gagal.
  7. Bagi permohonan yang telah diluluskan, bayaran Fi Kebenaran Bertulis sebanyak RM200 perlu dikemukakan kepada Lembaga bagi pengeluaran Kebenaran Bertulis.

Nota : Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk tunai atau cek berpalang atas nama “LEMBAGA URUS AIR SELANGOR”.Waktu operasi pembayaran adalah seperti berikut:

Isnin – Khamis : 8.30 pagi – 3.30 petang

1.00 petang - 2.00 petang (rehat)

Jumaat : 8.30 pagi – 3.30 petang

12.15 tengahari - 2.45 petang (rehat)

Panduan Permohonan Kelulusan Dasar Bagi Pembinaan Jeti/Pelantar

  1. Permohonan bagi Membina/Membuat/ Mendirikan/Menyelenggara/Menggunakan Jeti ini hendaklah diisi oleh pengusaha atau pengendali mana-mana jeti di atas mana-mana rizab sungai/zon banjir/zon perlindungan/zon penampan.
  2. Pemohon dikehendaki untuk mengemukakan permohonan mengikut Senarai Semak Kelulusan Dasar Jeti/Pelantar ( U016-L5-005-00). Satu Borang Permohonan (U016-F4-006-00)adalah mewakili sebuah jeti.
  3. Permohonan akan dibentangkan di dalam Jawatankuasa Pengurusan Jeti Negeri Selangor.
  4. Sekiranya lulus, pemohon perlu mengemukakan permohonan Kebenaran Bertulis bagi pembinaan jeti. Rujuk Panduan Permohonan Kebenaran Bertulis.
  5. Pemilik jeti yang diluluskan perlu mengemukakan rekod muatan setiap 3 bulan kepada Lembaga setelah jeti siap dibina. Rujuk Borang Rekod Pemantauan Muatan Barang-barang Yang Diangkut Menggunakan Jeti (U016-F4-007-00).
  6. Pemilik jetiyang diluluskanperlu membuat bayaran secara tahunan bagi menjalankan aktiviti jeti berdasarkan jadual caj aktiviti jeti.

Dokumen Permohonan

1. Garis Panduan

2. Senarai Semak

Aktiviti yang terlibat :

3. Borang Permohonan

4. Cara Permohonan

  • Layari laman sesawang Sistem Kebenaran Bertulis Aktiviti Pengubahan Sumber (SKAPS) : elesen.luas.gov.my


Artikel Berkaitan

FacebookFollow us on Facebook
TwitterFollow us on Twitter
YoutubeFollow us on Youtube
RSSFollow our RSS Feed
InstagramFollow us on Instagram