Loader
Logo LUAS
Print

Melawati Run 2024

Program larian anjuran Kelab Rekreasi Taman Melawati dengan kerjasama Persatuan Keselamatan Komuniti Taman Melawati serta rakan agensi LUAS dan MPAJ mendapat sambutan yang amat mengalakkan. YBrs. Ts. Tn. Hj. Hasrolnizam Shaari, Pengarah LUAS dan Dr. Ani binti Ahmad, Yang Dipertua MPAJ melepaskan peserta Melawati Run Tahun 2024 seawal jam 7 pagi. Dua kategori dipertandingkan iaitu 15km dan 7km yang melibatkan seramai 1,500 peserta. Tahniah kepada semua peserta kerana mengamalkan gaya hidup sihat. Menyahut kempen gaya hidup sihat, acara larian santai menjadi salah satu aktiviti yang terus mendapat perhatian masyarakat. Bukan sekadar dapat mengeluarkan peluh, ia antara lain dapat merapatkan ukhuwah dan mengeratkan silaturahim antara peserta. Menariknya, pada pagi ini Pengarah dan kakitangan LUAS berjaya melengkapkan larian dalam kategori masing-masing. Dalam pada itu, LUAS mengambil kesempatan mengadakan Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak dan pameran LUAS untuk meningkatkan lagi kesedaran masyarakat tentang sumber air dan LUAS.

FacebookFollow us on Facebook
TwitterFollow us on Twitter
YoutubeFollow us on Youtube
RSSFollow our RSS Feed
InstagramFollow us on Instagram