Loader
Logo LUAS
Print

Majlis Pelancaran Projek Penambahbaikan Ekologi Tasik Cyberjaya

LUAS turut bersama hadir pada 20 Januari 2024 yang lalu di Majlis Pelancaran Projek Penambahbaikan Ekologi Tasik Cyberjaya berasaskan Komuniti di Taman Tasik Cyberjaya. Projek Penambahbaikan Ekologi Tasik Cyberjaya ini adalah usahasama Majlis Perbandaran Sepang dengan Global Environment Centre untuk meningkatkan biodiversiti di Taman Tasik Cyberjaya. Kehadiran YBrs. Ts. Tn. Hj. Hasrolnizam, Pengarah LUAS bersama beberapa pegawai adalah sebagai tanda sokongan LUAS terhadap usaha yang dilaksanakan. LUAS amat menggalakkan dan mengalu-alukan projek seumpama ini dilaksanakan oleh, dan dengan kerjasama pelbagai pihak tidak kira agensi kerajaan, syarikat swasta, NGO, mahupun komuniti/masyarakat. Perkara ini adalah selari dengan inisiatif yang sedang diusahakan oleh LUAS untuk badan-badan air negeri terutamanya tasik dan kolam dipotensikan dan dipelihara melalui pelaksanaan pelbagai aktiviti bermanfaat kepada rakyat dan negeri, serta mampu untuk digunakan sebagai sumber air alternatif/tambahan negeri ketika diperlukan.

FacebookFollow us on Facebook
TwitterFollow us on Twitter
YoutubeFollow us on Youtube
RSSFollow our RSS Feed
InstagramFollow us on Instagram