Loader
Logo LUAS
Print

Kejohanan Paintball LUAS ‘Interclan Warzone’ 2024

LUAS telah mengelolakan Kejohanan Paintball melalui Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) LUAS bertempat di Legion Cahaya SPK, Shah Alam. Program ini diadakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturahim serta semangat kerjasama sesama warga kerja LUAS disamping memanfaatkan hari cuti dengan aktiviti sukan lasak. Seramai 60 orang kakitangan LUAS telah mengambil bahagian dan berpeluang untuk menunjukkan bakat menembak masing-masing. Penyertaan kejohanan kali ini melibatkan kakitangan LUAS yang mana peserta terdiri daripada 6 Clan LUAS iaitu Purple Jaguar, Yellow Phyton, Red Bull, Black Panther, Green Rhino dan Blue Wolf. Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan Clan yang menang. Semoga berjumpa lagi di kejohanan sukan yang seterusnya.

FacebookFollow us on Facebook
TwitterFollow us on Twitter
YoutubeFollow us on Youtube
RSSFollow our RSS Feed
InstagramFollow us on Instagram