Loader
Logo LUAS
Print

Kejohanan Boling anjuran Worldwide Environment bagi Tahun 2024

LUAS menyertai Kejohanan Boling Environment bagi tahun 2024 anjuran Worldwide Holdings Berhad (WHB) di Sunway Megalane, Sunway Pyramid Shopping Mall. LUAS telah menghantar 1 kumpulan membabitkan 4 orang peserta bagi menyertai pertandingan tersebut.Pada kejohanan kali ini, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai dan Pantai LUAS, Pn Haslina Binti Amer turut bersama-sama menyertai pertandingan tersebut. Sebanyak 42 pasukan yang terdiri daripada pelbagai agensi-agensi kerajaan negeri turut terlibat dalam kejohanan tersebut. Pasukan LUAS turut dianggotai En. Adi Thakib bin Abdullah, En. Muhammad Asyraf bin Che Man dan En. Meor Mohamad Aidid Hasnan Basri dengan 1571 jatuhan pin. Pengarah LUAS, YBrs. Ts. Tn. Hj. Hasrolnizam Shaari turut meluangkan masa hadir dan berjumpa dengan pasukan LUAS. LUAS merakamkan penghargaan terima kasih kepada pihak WHB atas kesudian menjemput pihak LUAS untuk menyertai program santai tersebut.

FacebookFollow us on Facebook
TwitterFollow us on Twitter
YoutubeFollow us on Youtube
RSSFollow our RSS Feed
InstagramFollow us on Instagram