Pada 22 Disember 2011, LUAS telah mengadakan lawatan kerja ke Terowong SMART, sebuah projek pengurusan banjir yang diselenggara oleh JPS Wilayah. Seramai 30 orang kakitangan LUAS terlibat di dalam lawatan ini yang diketuai oleh Pengarah LUAS, Tuan Haji Md. Khairi Bin Selamat. Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi dan menambah pengetahuan kakitangan LUAS tentang pengurusan banjir yang dilakukan melalui projek terowong SMART yang juga berfumgsi sebagai satu laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur. Peserta lawatan didedahkan dengan fungsi setiap bahagian dan operasi terowong tersebut serta bagaimana ianya dapat menangani masalah banjir yang berlaku ketika musim hujan yang lebat dan disebabkan pertemuan aliran Sungai Klang dan Sungai Gombak di tengah-tengah kotaraya.









