LUAS diperkasakan dengan perundangan dan penguatkuasaan berdasarkan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999. Tujuh belas (17) fungsi utama LUAS yang diperuntukkan di dalam Seksyen 6(1) enakmen tersebut adalah :-
- Memberi nasihat kepada Pihak Berkuasa Negeri berkenaan dengan dasar-dasar, cara-cara dan langkah-langkah yang hendak diambil untuk menjaga, memelihara dan memudahkan pembangunan mapan, penggunaan dan pemuliharaan sumber air efisyen bagi maksud awam,
- Membangun, melaksana dan menggalakkan projek infrastruktur untuk tujuan pelbagai fungsi,
- Mengatur dan mengawal pemindahan air antara lembangan di dalam negeri,
- Membangun dan melaksanakan panduan standard, prestasi cara-cara dan tatacara-tatacara berhubungan dengan pengurusan, penggunaan dan pemuliharaan sumber air,
- Menyelaras perhubungan pelbagai agensi dakam negeri dan menggalakkan kerjasama serta penyelarasan untuk kegunaan sumber-sumber air pelbagai fungsi,
- Menerima pakai dan melaksanakan dasar-dasar, pelan dan projek oleh Kerajaan Persekutuan seperti yang di arah oleh Pihak Berkuasa Negeri,
- Mengendalikan penyelidikan berhubungan dengan pengurusan, penggunaan efisyen, pembangunan dan pemuliharaan sumber-sumber air dan sumber-sumber di dalamnya,
- Menyediakan latihan dan mengadakan kemudahan untuk latihan berhubung dengan fungsi LUAS,
- Menasihati Pihak Berkuasa Negeri berhubungan dengan pengisytiharan kawasan yang ditetapkan dan dilindungi serta merumus dan melaksanakan pelan pembangunan dan pelan pengurusan untuk kawasan-kawasan itu,
- Menjaga kepentingan negeri di dalam hal pembangunan, pengurusan, penggunaandan pemuliharaan sumber-sumber air,
- Mengurus dan mengawal pemasangan, pengendalian, dan penyelenggaraan tempat-tempat dan peralatan kepunyaan LUAS,
- Menjaga kepentingan pengguna-pengguna air berhubungan dengan jumlah, kualiti dan harga yang hendak dikenakan untuk bekalan air,
- Menggalakkan penubuhan pertubuhan pemegang kepentingan untuk LUAS dalam pembangunan dan pemuliharaan sumber-sumber air,
- Memberikan lesen atas syarat-syarat yang dianggap wajar oleh LUAS kepada mana-mana pihak berkuasa awam atau orang bagi mengusahakan sebarang kegiatan yang berhubungan dengan sumber-sumber air dan untuk mengawalselia pemegang-pemegang lesen serta aktiviti-aktiviti mereka,
- Menswastakan, dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri, mana-mana pengusahaannya mengikut peruntukan Enakmen LUAS 1999,
- Menyiasat sebarang kejadian, kesalahan atau kemalangan yang berlaku di atas atau berhubungan dengan suatu sumber air, dan
- Membuat apa-apa benda lain yang didapatinya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsi-fungsinya dengan berkesan atau bersampingan dengan pelaksanaan fungsi-fungsinya.