- By : Nurliyana
- Published at : 2023-02-01
- Modified at : 2023-02-01
- Jumlah pelawat : 2263
- Jumlah paparan: 2263
Artikel Berkaitan
Pelan Strategik LUAS
PengenalanPelan Strategik LUAS 2017 - 2021 ini dihasilkan untuk menetapkan hala tuju LUAS bagi tempoh lima (5) tahun. Pelan ini akan memastikan LUAS sentiasa berada di atas landasan yang tepat dan bergerak untuk mencapai visi dan misi bagi menyokong wawasan Negeri Selangor.Pelan strategik ini menerangkan secara keseluruhan perancangan apa yang ingin dicapai oleh LUAS. Fokus strategik LUAS digambarkan melalui pelan tindakan bagi setiap objektif yang telah ditetapkan. Tiga (3) objektif yang ingin dicapai melalui pelan ini adalah;Kelestarian Kuantiti dan Kualiti Sumber Air,Kecekapan dan Keberkesanan Penyampaian, danPengukuhan dan Keberkesanan Kerjasama Strategik.Ketiga-tiga objektif ini dirangka untuk memantapkan dan mengukuhkan operasi LUAS bermula di peringkat pengurusan dalaman sehingga ke hubungan bersama pihak-pihak berkepentingan dan juga masyarakat. Ianya dirumus untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada semua di dalam aspek berkaitan sumber air negeri. PenerbitanDokumenMuat TurunPelan Strategik LUAS 2012-2016Muat TurunPelan Strategik LUAS 2017-2021Muat Turun
Pelan Strategik Pencegahan Rasuah LUAS
PengenalanPelan Strategik Pencegahan Rasuah (PSPR) Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) 2016 - 2018 melibatkan tempoh tiga (3) tahun dirangka bersama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selaras dengan hasrat LUAS untuk memastikan setiap pegawai / kakitangannya melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh integriti. PSPR ini digubal secara bersepadu merupakan tindakan usaha dalaman pihak LUAS untuk memerangi gejala rasuah dari peringkat akar umbi sehingga ke peringkat pengurusan organisasi LUAS sendiri.Objektif PSPR LUAS 2015-2018 ini diwujudkan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pemantapan tahap integriti setiap warga LUAS. Apa yang terkandung dalam PSPR ini adalah pelaksanaan program dan aktiviti yang bersesuaian bagi menerapkan nilai-nilai murni dan integriti terutama dalam membanteras perlakuan negatif termasuk gejala rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. PenerbitanDokumenMuat TurunPelan Strategik Pencegahan RasuahMuat Turun
Pelan ICM
PELAN PENGURUSAN BERSEPADU PANTAI (INTEGRATED COASTAL MANAGEMENT – ICM) DI NEGERI SELANGOR 2022 - 2030Projek Pengurusan Bersepadu Pantai Pelabuhan Klang (ICM-Integrated Coastal Management) merupakan program kerjasama teknikal di antara Kerajaan Negeri Selangor dengan pihak Partnerships in Environmental Management for the Seas of East Asia (PEMSEA) melalui Memorandum Perjanjian pada tahun 2001.Pelabuhan Klang (merangkumi daerah Klang dan Kuala Langat) telah dipilih sebagai Tapak Demonstrasi Kebangsaan bagi Projek ICM. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bertindak sebagai Pejabat Pengurusan Projek manakala Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terlibat secara langsung dan melaksanakannya di samping jabatan-jabatan dan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan, sektor swasta dan NGOs. Pelan ini telah diguna-pakai oleh Kerajaan Negeri Selangor selepas mendapat kelulusan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang bersidang pada 24 Julai 2007.Pengurusan Pantai Bersepadu (ICM) adalah sumber alam dan rangka kerja pengurusan alam sekitar yang menggunakan pendekatan integratif, holistik dan proses perancangan interaktif dalam menangani isu - isu pengurusan kompleks di kawasan pantai.Tujuan utama ICM adalah untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan tadbir urus pantai dari segi keupayaannya untuk mencapai penggunaan lestari sumber pantai dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh ekosistem di kawasan pantai. Ia bertujuan untuk melakukan ini dengan melindungi integriti fungsi sistem sumber semula jadi ini, sambil membolehkan pembangunan ekonomi diteruskan. Melalui perancangan bersepadu, ICM bertujuan untuk menangani konflik dan konflik bersaing yang timbul daripada pelbagai penggunaan ruang dan sumber yang terhad .Pelan Pengurusan Pantai Bersepadu (ICM) dan Pelan Pengezonan Guna Pantai Bersepadu (ICUZP) Negeri Selangor 2022-2023 - Volume 1Pelan Pengurusan Pantai Bersepadu (ICM) dan Pelan Pengezonan Guna Pantai Bersepadu (ICUZP) Negeri Selangor 2022-2023 - Volume 2Laporan State of the Coast Negeri Selangor 2018-2021