FRIENDS OF RIVERS (FOR)
- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 25 Januari 2019 telah meluluskan pewujudan Jawatankuasa Pelaksana Pemuliharaan Sungai-Sungai di Negeri Selangor dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam dan Lembaga sebagai urusetia.
- Salah satu inisiatif pemuliharaan sungai yang diperkenalkan melalui jawatankuasa ini adalah pewujudan Friends of Rivers(FoR) di setiap sungai-sungai di Negeri Selangor.
OBJEKTIF FRIENDS OF RIVERS (FOR)
- Meningkatkan kesedaran serta rasa cinta masyarakat terhadap kepentingan sungai di Negeri Selangor serta pemeliharaan ekosistem.
- Sense of ownership dan kebertanggungjawaban di kalangan komuniti terhadap sungai.
- Kolaborasi bersama komuniti setempat dalam melaksanakan program/aktiviti pemuliharaan sungai secara konsisten.
- Mewujudkan persekitaran sungai yang bersih, ceria dan selamat untuk dikunjungi.
WEB APLIKASI FRIENDS OF RIVERS (FOR)
Layari: https://for.luas.gov.my/