

TENTANG LUAS
Penubuhan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bermula daripada arahan Jemaah Menteri pada Julai 1997 yang meminta Kementerian Pertanian, seterusnya Kerajaan Negeri Selangor supaya mengkaji cadangan bagi menubuhkan satu badan untuk menguruskan sungai dan sumber air secara bersepadu dengan mengambil Sungai Selangor sebagai projek perintis dan Sungai “Thames” di United Kingdom sebagai model pelaksana. Sehubungan dengan itu, penyelarasan peranan dan bidangkuasa antara agensi kerajaan negeri dan persekutuan telah dibuat bagi memastikan tidak wujud sebarang pertindihan fungsi dan tanggungjawab serta melancarkan perjalanan badan ini. Lalu LUAS ditubuhkan melalui kelulusan Dewan Undangan Negeri Selangor yang bersidang pada 9 April 1999. Penubuhan LUAS ini dilengkapi dengan sebuah enakmen iaitu Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999.
PERKHIDMATAN LUAS
BERITA

KUNJUNGAN Y.B. PN. MICHELLE NG MEI SZE DI LAPANGAN PADA MUSIM PERAYAAN
Sekitar kunjungan Y.B. Pn. Michelle Ng Mei Sze, Ahli Dewan Negeri Subang Jaya ke lokasi pemantauan 24 jam LUAS pada 23 April 2023 (hari ke-2 sambutan hari raya aidilfitri) di Sg. Semenyih, Semenyih dan Sg. Selangor, Bestari Jaya. Terima kasih Y.B. Pn. Michelle di atas edaran juadah Aidilfitri kepada pasukan LUAS yang bertugas semasa hari raya ini. LUAS sentiasa siap siaga setiap masa memastikan permasalahan sumber air dicegah dan ditangani segera.

MAKLUM BALAS
PENSIJILAN


