Loader
Logo LUAS
Print
Published at :
Modified at : 2025-02-03
Jumlah pelawat : 6356

Bismillahhirrahmannirrahim

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Selamat datang dan terima kasih saya ucapkan di atas kesudian meluangkan masa melayari portal Lembaga Urus Air Selangor (LUAS). Portal LUAS merupakan medium yang membolehkan semua pihak merangkumi agensi kerajaan, syarikat swasta/korporat, badan-badan bukan kerajaan (NGO) serta semua lapisan masyarakat untuk mendapatkan mendapatkan maklumat am mengenai peranan dan perkhidmatan LUAS, serta sumber air Negeri Selangor.

Syukur ke hadrat Allah SWT di atas limpah kurnia dan izin-Nya, LUAS masih teguh berdiri meneruskan usaha dan melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang diberikan untuk mengurus sumber air Negeri Selangor ke arah yang lestari seiring wawasan Negeri Selangor.

Saya turut mengalu-alukan orang ramai untuk mengemukakan cadangan bagi mempertingkatkan lagi perkhidmatan LUAS dan keberkesanan portal ini. Sebarang maklum balas, pandangan dan saranan boleh diajukan kepada aduan[@]luas[DOT]gov[DOT]my atau melalui aplikasi Whatsapp LUAS di talian 019 - 264 7904.

Saya berharap portal ini terus menjadi salah satu medium sebaran maklumat yang bermanfaat kepada semua pihak berkenaan LUAS dan sumber air Negeri Selangor.

Sekian, terima kasih.

“AIR UNTUK SEMUA”

Pengarah,

Lembaga Urus Air Selangor.


Artikel Berkaitan

FacebookFollow us on Facebook
XFollow us on X
YoutubeFollow us on Youtube
InstagramFollow us on Instagram
TiktokFollow us on Tiktok
RSSFollow our RSS Feed