Pengenalan | ||||||||||||||||||||||||
Navigasi Jalan Air Pedalaman merupakan aktiviti pelayaran vesel-vesel yang membawa barang atau penumpang di atas badan air seperti tasik, tanah perairan, terusan atau sungai yang berada di luar kawasan had pelabuhandan pemilik vesel dikehendaki mendaftarkan vesel dengan LUAS. | ||||||||||||||||||||||||
Peranan LUAS | ||||||||||||||||||||||||
Peranan Lembaga dalam mengawal badan air melalui lesen untuk vesel adalah seperti berikut:
| ||||||||||||||||||||||||
Punca Kuasa | ||||||||||||||||||||||||
Kawalan Navigasi Jalan Air Pedalaman di badan air Negeri Selangor dikawalselia berdasarkan Seksyen 96 dan 97 Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999. Peraturan telah diwartakan pada 19 April 2012 dan berkuatkuasa pada 20 April 2012Selangor 1999. Hebahan akhbar telah dibuat pada 10 Jun 2012 di akhbar Berita Minggu dan New Sunday Times untuk memaklumkan pewartaan dan kehendak Peraturan. | ||||||||||||||||||||||||
Fi Dan Caj | ||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||
Permohonan Vesel dan Lesen Navigasi Jalan Air Pedalaman | ||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||
Borang Permohonan | ||||||||||||||||||||||||
- By : Super User
- Published at : 2016-03-28
- Modified at : 2022-05-10
- Jumlah pelawat : 8105
- Jumlah paparan: 8105
Artikel Berkaitan
Abstraksi Sumber Air
PengenalanPenggunaan dan pengambilan air dari mana-mana sumber yang terdapat pada permukaan tanah atau bawah tanah (air bumi). ‘air bumi’ ertinya air bawah permukaan yang terdapat di bawah aras air di dalam tanah-tanih dan bentukan geologic dan termasuklah :Sesuatu telaga, lubang gerek atau bentuk kerja sepertinya yang digali ke dalam strata bawah tanah, termasuklah mana-mana adit atau saluran yang dibina berhubung dengan telaga, lubang gerek atau bentuk kerja itu bagi menyenangkan pengumpulan iar di dalam telaga, lubang gerek atau bentuk kerja itu ;Mana-mana penggalian ke dalam strata bawah tanah dimana paras air dalam penggalian itu bergantung sepenuhnya atau sebahagian besarnya kepada air yang memasukinya daripada strata itu ; danMana-mana air bumi yang ditetapkan.Peranan LUAS1. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) melalui kerajaan negeri Selangor adalah badan yang dipertanggungjawabkan dalam menguruskan sumber air dibawah Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 ;Menjalankan penyeliaan dan kawalan ke atas penggunaan dan aliran air dalam mana-mana sumber air dan sama ada berlaku secara semulajadi atas permukaan atau subpermukaan tanah.Seksyen 41(1)2. Memandangkan LUAS dipertanggungjawabkan dalam kawalan ke atas penggunaan sumber air, maka ;Tiada seseorang pun atau pihak berkuasa awam boleh, kecuali dengan kelulusan LUAS, mengganggu aliran semulajadi air dalam mana-mana sumber air atau mengambil atau mengguna air daripada mana-mana sumber air kecuali dengan jumlah tertentu yang telah dibenarkan oleh LUAS dari semasa ke semasa.Seksyen 41(2)3. Kawalan ke atas penggunaan sumber air dibuat melalui ;Memberikan lesen atas syarat-syarat yang dianggap wajar oleh LUAS kepada mana- mana pihak berkuasa awam atau orang bagi mengusahakan sebarang kegiatan yang berhubungan dengan sumber-sumber air dan untuk mengawalselia pemegang-pemegang lesen serta aktiviti-aktiviti mereka. Seksyen 6(1)(n) Mengenakan caj ke atas penggunaan air atau mana-mana sumber lain daripada mana-mana sumber air termasuk tetapi tidak terhad kepada abstraksi, pengeluaran, pembuangan, penyaliran, pelencongan dan pengepongan air itu atau sumber lain.Seksyen 44(1)(a)4. Jika didapati ;Mana-mana orang yang, tanpa kelulusan dari LUAS mengeluar, menggunakan atau melencongkan air atau sumber air yang lain adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi seratus ribu ringgit atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.Seksyen 107Punca KuasaSeksyen 4141. (1) LUAS hendaklah menjalankan penyeliaan dan kawalan ke atas penggunaan dan aliran air dalam mana-mana sumber air dan sama ada berlaku secara semulajadi atas permukaan atau subpermukaan tanah.41. (2) Tiada seseorang pun atau pihak berkuasa awam boleh, kecuali dengan kelulusan LUAS, mengganggu aliran semulajadi air dalam mana-mana sumber air atau mengambil atau mengguna air daripada mana-mana sumber air kecuali dengan jumlah tertentu yang telah dibenarkan oleh LUAS dari semasa ke semasa.Seksyen 6(1)(n)Memberikan lesen atas syarat-syarat yang dianggap wajar oleh Lembaga kepada mana- mana pihak berkuasa awam atau orang bagi mengusahakan sebarang kegiatan yang berhubungan dengan sumber-sumber air dan untuk mengawalselia pemegang-pemegang lesen serta aktiviti-aktiviti mereka.Seksyen 44(1)(a)Mengenakan caj ke atas penggunaan air atau mana-mana sumber lain daripada mana-mana sumber air termasuk tetapi tidak terhad kepada abstraksi, pengeluaran, pembuangan, penyaliran, pelencongan dan pengepongan air itu atau sumber lainFi Dan CajFi PelesenanFi Pendaftaran = RM150 (sekali sahaja)Fi Lesen = RM200 (setiap tahunCaj AbstraksiKomersial : RM 0.05/m3Bekalan Air : Rm 0.01/m3Bayaran Fi Lesen dan caj abstraksi air bumi boleh dibuat dalam bentuk tunai atau cek berpalang atas nama ‘LEMBAGA URUS AIR SELANGOR’Permohonan Lesen Abstraksi Sumber Air1. Prosedur Permohonan Lesen Abstraksi Air Bumi1.1. Bagi Menggali Telaga1.1.1. Melengkapkan Senarai Semak Permohonan Kebenaran Menggali Telaga [U011-L5-001-00] (2 Salinan)1.1.2. Melengkapkan Borang Permohonan Menggali Telaga [U011-F4-001-00] (2 Salinan)1.1.3. Mengemukakan bayaran Fi Pendaftaran berjumlah Ringgit Malaysia satu ratus lima puluh sahaja (RM150) untuk satu telaga.1.2. Bagi Telaga Baharu1.2.1. Melengkapkan Senarai Semak Permohonan Baru Lesen Abstraksi Air Bumi. [U011-L5-002-00] (2 Salinan)1.2.2. Melengkapkan Borang Permohonan Baharu Lesen Abstraksi Air Bumi [U011-F4-002] (2 Salinan)1.2.3. Melengkapkan Borang Reka Bentuk Telaga - [U011-F4-002A] (2 Salinan)1.2.4. Melengkapkan Borang Langkah Pengepaman [U011-F4-002B] (2 Salinan)1.2.5. Melengkapkan Borang Rekod Luahan Tetap [U011-F4-002C] (2 Salinan)1.2.6. Melengkapkan Borang Rekod Ujian Pemulihan [U011-F4-002D] (2 Salinan)1.3. Bagi Telaga Pembaharuana) Melengkapkan Senarai Semak Permohonan Pembaharuan Lesen Abstraksi Air Bumi [U011-L5-003-00] (2 Salinan)b) Melengkapkan Borang Pembaharuan Lesen Abstraksi Air Bumi. [U011-F4-003] (2 Salinan)c) Mengemukakan bayaran Fi Pendaftaran berjumlah Ringgit Malaysia satu ratus lima puluh sahaja (RM150) untuk satu telaga. (Jika permohonan pembaharuan dihantar selepas lesen tamat tempoh)1.4. Penutupan Telagaa) Setiap telaga yang ingin ditutup atau dikambus semula perlu merujuk kepada pihak LUAS.b) Kaedah penutupan telaga perlu mengikut Prosedur Penutupan Telaga di bawah Enakmen LUAS 1999 [U011-M3-003-00] 2. Prosedur Permohonan Lesen Abstraksi Air Permukaan.2.1. Lesen Baharu Abstraksi Air Permukaan:2.1.1. Melengkapkan Senarai Semak Permohonan Baharu Lesen Abstraksi Air Permukaan. [U011-L5-004-00] (2 Salinan)2.1.2. Melengkapkan Borang Permohonan Lesen Abstraksi Air Permukaan [U011-F4-004-00] (2 Salinan)2.1.3. Mengemukakan bayaran Fi Pendaftaran berjumlah Ringgit Malaysia satu ratus lima puluh sahaja (RM150) untuk satu titik pengambilan.2.2. Permohonan Pembaharuan Lesen Abstraksi Air Permukaan.2.2.1. Melengkapkan Senarai Semak Permohonan Pembaharuan Lesen Abstraksi Air Permukaan. [U011-L5-005-00] (2 Salinan)2.2.2. Memaklumkan kepada Luas melalui surat rasmi dan melengkapkan borang berikut dalam tempoh tiga bulan sebelum lesen tamat tempoh;i. Melengkapkan Borang Permohonan Kebenaran Abstraksi Air Permukaan [U011-F4-005-00] (2Salinan)ii. Mengemukakan bayaran Fi Pendaftaran berjumlah Ringgit Malaysia satu ratus lima puluh sahaja (RM150) untuk satu titik pengambilan. (Sekiranya permohonan pembaharuan dihantar selepas tamat tempoh)2.3. Penutupan Air Permukaan (muka sauk)a) Setiap muka sauk yang ingin ditutup perlu merujuk kepada pihak LUAS.b) Kaedah penutupan muka sauk perlu mengikut Prosedur Penutupan Telaga di bawah Enakmen LUAS 1999 [U011-M3-006-00] 3. Pemasangan Alat Pengukuran3.1. Speksifikasi untuk pemasangan meter abstraksi sumber air adalah seperti berikut:a) Meter yang dipasang hendaklah mempunyai akriditasi daripada SIRIM Berhad.b) Saiz meter hendaklah bersesuaian dengan jumlah abstraksi air.Nombor siri meter mesti jelas.c) Lokasi pemasangan meter hendaklah tidak melebihi 2 meter daripada jarak telaga / mukasauk ataupun mana-mana jarak yang telah diluluskan oleh LUAS.d) Pemasangan meter hendaklah dibuat mengikut arah (anak panah) yang betul dan meter perlu dipateri (seal).sertaperlumemastikantiadasebaranggangguan.e) Ujian aliran air perlu dijalankan dan memastikan tiada kesan kebocoran pada sambungan (welding & joint).f) Pemasangan pili air selepas meter dan pemasangan injap kawalan (gate valve) sebelum meter (jika perlu). Borang Permohonan1. Senarai SemakU011-L5-001-00 : Senarai Semak Permohonan Menggali TelagaU011-L5-002-00 : Senarai Semak Permohonan Baharu Lesen Abstraksi Air BumiU011-L5-003-00 : Senarai Semak Permohonan Pembaharuan Lesen Abstraksi Air BumiU011-L5-004-00 : Senarai Semak Permohonan Baharu Lesen Abstraksi Air PermukaanU011-L5-005-00 : Senarai Semak Permohonan Pembaharuan Lesen Abstraksi Air PermukaanU011-L5-006-00 : Senarai Semak Permohonan Penutupan Telaga & Muka Sauk2. Panduan PermohonanU011-M3-001-00 : Panduan Permohonan Lesen Abstraksi Air BumiU011-M3-002-00 : Panduan Permohonan Lesen Abstraksi Air PermukaanU011-M3-003-00 : Panduan Prosedur Penutupan TelagaU11-M3-004-00 : Panduan Pemasangan MeterU11-M3-005-00 : Panduan Pengiraan Caj Selain Menggunakan FlowmeterU11-M3-006-00 : Panduan Prosedur Penutupan Muka Sauk3. Borang PermohonanU011-F4-001 : Permohonan Kebenaran Menggali TelagaU011-F4-002 : Permohonan Lesen Abstraksi Air BumiU011-F4-002A : Rekabentuk TelagaU011-F4-002B : Langkah PengepamanU011-F4-002C : Rekod Luahan TetapU011-F4-002D : Rekod Ujian PemulihanU011-F4-003 : Permohonan Pembaharuan Lesen Abstraksi Air BumiU011-F4-004-00: Permohonan Kebenaran Abstraksi Air PermukaanU011-F4-005-00: Permohonan Kebenaran Abstraksi Air PermukaanU011-F4-006 : Permohonan Penutupan Telaga & Muka Sauk4. Lain-lainSenarai Makmal Analisis Air BumiSenarai Nama Konsultan dan Kontraktor
Pengubahan Sumber
PengenalanAktiviti Pengubahan Sumber LUAS tertakluk di bawah Seksyen 43 Enakmen LUAS 1999 yang menerangkan tentang kuasa Pengarah terhadap zon banjir, rizab sungai, zon perlindungan, badan air dan perairan pantai.LUAS sebagai agensi yang berperanan menjaga sumber air di negeri Selangor telah mewajibkan permohononan Kebenaran Bertulis oleh mana-mana pemaju dikemukakan dan diluluskan sebelum sesuatu projek yang berkaitan dengan sumber air dijalankan. Kebenaran Bertulis ini amat perlu dalam menitikberatkan penjagaan alam sekitar sumber air di Negeri Selangor.Berikut merupakan Senarai Aktiviti Pengubahan Sumber.Peranan LUASPeranan Lembaga di dalam pemberian Kebenaran Bertulis adalah seperti berikut:Untuk memastikan kualiti air sungai sentiasa terpelihara;Meminimakan impak pencemaran terhadap sumber air semasa kerja-kerja pembinaan dijalankan;Memudahkan Lembaga melakukan pemantauan terhadap pemaju-pemaju yang melakukan kerja-kerja pembinaan yang melibatkan sumber air;Menguatkuasakan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999;Memberikan kesedaran kepada pihak berkepentingan tentang peranan masing-masing dalam pemuliharaan sumber air; danMenanam sikap tanggungjawab, menyayangi dan menghormati kepentingan memelihara sungai di kalangan pemaju.Punca KuasaKawalan Aktiviti Pengubahan Sumber di bawah Seksyen 43 Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999. Peraturan-peraturan Aktiviti Pengubahan Sumber (Selangor) 2013 telah diwartakan di bawah Seksyen ini pada 10 Oktober 2013 dan berkuatkuasa pada 11 Oktober 2013 Fi Dan CajAktiviti Pengubahan SumberFi Pendaftaran = RM150 (sekali sahaja)Fi Lesen = RM200 (setiap tahun)Caj Aktiviti Jeti TahunanPerkaraJumlah Caj/Fia) Jeti persendirian yang digunakan untuk mengimport dan mengeksport barang-barang sendiriRM0.20 se tan tertakluk kepada caj minima RM1,000 setahunb) Jeti yang digunakan untuk mengimport dan mengeksport barang-barang lain (kecuali logam)RM0.25 se tan tertakluk kepada caj minima RM1,500 setahunc) Jeti yang digunakan mengimport dan mengeksport logamRM0.35 se tan tertakluk kepada caj minima RM2,000 setahund) Jeti yang digunakan sebagai tempat untuk membina veselRM70.00 per vesel tertakluk kepada caj minima RM2,000 setahune) Jeti yang digunakan sebagai tempat untuk memperbaiki veselRM100.00 per vesel tertakluk kepada caj minima RM2,500 setahunf) Jeti persendirian yang digunakan bagi maksud yang tidak dinyatakan di (a), (b), (c), (d) dan (e) di atasa) Jeti pelancongan = RM2,200 setahunb) Lain-lain = RM600.00 setahun PERMOHONAN AKTIVITI PENGUBAHAN SUMBERPanduan Permohonan Kebenaran BertulisPendaftaran pengguna baru di laman web elesen.luas.gov.my. Pilih Sistem Kebenaran Bertulis. Pengguna boleh merujuk Manual Pengguna Sistem Kebenaran Bertulis yang disertakan. (Nama syarikat yang didaftarkan adalah nama pemegang lesen dan disarankan syarikat pemaju sebagai pemegang lesen bagi projek bukan kerajaan)Pemohon dikehendaki log masuk ke laman web elesen.luas.gov.my setelah menerima emel pengesahan.Pemohon dikehendaki membuat permohonan baru/pembaharuan Kebenaran Bertulis Aktiviti Pengubahan Sumber.Sekiranya Permohonan Baru dan Pembaharuan Yang Lewat sila buat bayaran pendaftaran sebanyak RM150 di pejabat Lembaga.Pemohon dikehendaki mengemukakan dokumen yang diperlukan seperti di dalam Senarai Semak kepada Lembaga dalam tempoh 7 hari.Pemohon akan menerima notifikasi melalui emel sekiranya maklumat perlu dikemaskini atau permohonan gagal.Bagi permohonan yang telah diluluskan, bayaran Fi Kebenaran Bertulis sebanyak RM200 perlu dikemukakan kepada Lembaga bagi pengeluaran Kebenaran Bertulis.Nota : Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk tunai atau cek berpalang atas nama “LEMBAGA URUS AIR SELANGOR”.Waktu operasi pembayaran adalah seperti berikut:Isnin – Khamis : 8.30 pagi – 3.30 petang 1.00 petang - 2.00 petang (rehat) Jumaat : 8.30 pagi – 3.30 petang 12.15 tengahari - 2.45 petang (rehat)Panduan Permohonan Kelulusan Dasar Bagi Pembinaan Jeti/PelantarPermohonan bagi Membina/Membuat/ Mendirikan/Menyelenggara/Menggunakan Jeti ini hendaklah diisi oleh pengusaha atau pengendali mana-mana jeti di atas mana-mana rizab sungai/zon banjir/zon perlindungan/zon penampan.Pemohon dikehendaki untuk mengemukakan permohonan mengikut Senarai Semak Kelulusan Dasar Jeti/Pelantar (U016-L5-005-00). Satu Borang Permohonan (U016-F4-006-00) adalah mewakili sebuah jeti.Permohonan akan dibentangkan di dalam Jawatankuasa Pengurusan Jeti Negeri Selangor.Sekiranya lulus, pemohon perlu mengemukakan permohonan Kebenaran Bertulis bagi pembinaan jeti. Rujuk Panduan Permohonan Kebenaran Bertulis.Pemilik jeti yang diluluskan perlu mengemukakan rekod muatan setiap 3 bulan kepada Lembaga setelah jeti siap dibina. Rujuk Borang Rekod Pemantauan Muatan Barang-barang Yang Diangkut Menggunakan Jeti (U016-F4-007-00).Pemilik jeti yang diluluskan perlu membuat bayaran secara tahunan bagi menjalankan aktiviti jeti berdasarkan jadual caj aktiviti jeti. Borang PermohonanBorang dan Senarai SemakU016-F4-001-00 : Borang Permohonan Aktiviti Pengubahan Sumber Bagi Kes Kecemasan * U016-L5-004-00 : Senarai Semak Permohonan Aktiviti Pengubahan Sumber Kerja KecemasanU016-F4-002-00 : Borang Permohonan Aktiviti Pengubahan Sumber Bagi Kerja Penyelenggaraan * U016-L5-005-00 : Senarai Semak Permohonan Aktiviti Pengubahan Sumber Kerja PenyelenggaraanU016-F4-003-00 : Borang Memulakan Aktiviti Pengubahan SumberU016-F4-004-00 : Borang Tamat Aktiviti Pengubahan SumberU016-F4-005-00 : Borang Serahan Pelan TerukurU016-F4-006-00 : Borang Permohonan bagi Membina/Membuat/Mendirikan/Menyelenggara/ Menggunakan Jeti * U016-L5-005-00 : Senarai Semak Kelulusan Dasar Jeti/PelantarU016-F4-007-00 : Borang Rekod Pemantauan Muatan Barang-barang Yang Diangkut Menggunakan JetiU016-L5-001(1)-00 : Senarai Semak Aktiviti Pengorekan Aktiviti yang terlibat :Pengorekan Pasir SungaiPengorekan Pasir LombongPengorekan Pasir LautPengorekan TanahPengorekan LumpurPengeluaran BijihMendalamkan Muka Sauk U016-L5-001(2)-00 : Senarai Semak Aktiviti Lintasan Aktiviti yang terlibat :Pemasangan Paip (atas sungai) Air/Utiliti/GasPemasagan Paip (dasar sungai) Air/Utiliti/GasPemasangan PembetungPemasangan Kotak pembetungPembinaan Jambatan KekalPembinaan Jambatan SementaraU016-L5-001(3)-00 : Senarai Semak Aktiviti Pembangunan Aktiviti yang terlibat :Kerja Tanah/Penyediaan TapakPembinaan BangunanPembinaan Jalan/LebuhrayaPembinaan LandasanPembinaan SaliranPembinaan KolamU016-L5-001(4)-00 : Senarai Semak Aktiviti Menaiktaraf, Penyelenggaraan dan Pengubahsuaian Sumber Air Aktiviti yang terlibat :Penjajaran SungaiPelencongan SungaiPembinaan Benteng HakisanBaik Pulih Tebing SungaiPemecah OmbakProjek Tebatan BanjirPenambakan KolamPenambakan PantaiPembinaan Muka SaukPengerukan Lumpur/KelodakPembinaan, pembinaan semula, pengubahsuaian atau pemindahan empanganPembinaan, pembinaan semula, pengubahsuaian atau pemindahan ‘weir’Pembinaan, pembinaan semula, pengubahsuaian atau pemindahan ‘inlet’ dan ‘outlet’Pembinaan, pembinaan semula, pengubahsuaian atau pemindahan log boomU016-L5-001(5)-00 : Senarai Semak Aktiviti Pembinaan Jeti/Pelantar Aktiviti yang terlibat :Pembinaan Jeti/PelantarU016-G2-001-03 : Pengisytirahan Aktiviti Pengubahan Sumber Yang tidak Memerlukan Kebenaran BertulisU016-G2-002-00 : Garis Panduan Kawasan Penampan Bagi Aktiviti Pengubahan SumberU016-G2-003-00 : Manual Permohonan Kebenaran Bertulis Aktiviti Pengubahan Sumber
Kemasukan dan Pelepasan Bahan Pencemar
PengenalanKerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Mesyuarat Negeri Selangor telah mewartakan Peraturan – Peraturan Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Pencemar (Negeri Selangor) 2012 pada 19 April 2012.Satu hebahan akhbar berkenaan pewartaan Peraturan ini telah dibuat oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) pada 10 Jun 2012 di mana berkuatkuasa mulai 20 April 2012 dan hanya terpakai di Negeri Selangor semua tujuh (7) aktiviti berjadual di bawah Peraturan dikehendaki mendapatkan Lesen daripada LUAS bertujuan bagi mengawalselia pelepasan bahan pencemar daripada aktiviti – aktiviti tersebut.Setiap aktiviti berjadual tersebut hanya akan tertakluk sekiranya kuantiti dan deskripsinya jatuh di bawah skop yang ditetapkan. Sebarang pelepasan bahan pencemar daripada aktiviti tersebut ke dalam sumber air hendaklah mematuhi had piawaian yang telah ditetapkan. Sebarang ketidakpatuhan akan tertakluk kepada caj dan penalti yang ditetapkan.Setiap lesen dikeluarkan secara tahunan dan ianya tertakluk kepada fi pendaftaran dan fi lesen yang telah ditetapkan.Kehendak Peraturan :Mendapatkan Lesen Kemasukan atau Pelepasan Bahan Pencemar.Tentukan titik pelepasan akhir di premis.Laporan analisis efluen setiap tiga (3) bulan.Analisis oleh makmal akreditasi.Memastikan pelepasan efluen tidak melebihi had piawaian.Peranan LUASSetiap aktiviti berjadual adalah tertakluk di bawah Peraturan ini dan hendaklah mendapatkan Lesen Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Pencemar LUAS.Premis yang telah dilesenkan adalah tidak dibenarkan melepaskan efluen daripada premis dengan melebihi had piawaian yang telah ditetapkan.Bagi premis yang tidak tertakluk di bawah peraturan adalah juga dikehendaki memastikan efluen yang dilepaskan tidak melebihi had piawaian yang telah ditetapkan. Jika didapati premis gagal mematuhi had piawaian yang telah ditetapkan, pihak Lembaga boleh mengeluarkan Notis Arahan kepada premis bagi tujuan kerja-kerja pembersihan, langkah-langkah mitigasi dan penambahbaikan mengikut keadaan dan tahap kes pencemaran selaras dengan Seksyen 41(4), 43(2), 96 (4) dan 121(1), Enakmen LUAS 1999.Pemeriksaan pematuhan kepada syarat lesen akan dijalankan oleh pihak Lembaga dan sekiranya terdapat perlanggaran had parameter yang dibenarkan untuk setiap aktiviti berjadual oleh pihak pemohon atau premis, Lembaga berhak untuk mengenakan :Caj perlanggaran.Pembatalan lesen.Kompaun.PendakwaanPunca KuasaAdalah berdasarkan Seksyen 79, Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 iaitu :Seksyen 79. Larangan pencemaran sesuatu sumber air79. (1) Kecuali sebagaimana yang telah dibenarkan secara nyata di dalam mana-mana undang-undang bertulis tiada seorang pun, kecuali di bawah dan menuruti terma-terma dan syarat-syarat lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen ini, menyebabkan kemasukan atau melepaskan ke dalam mana-mana sumber air;(a)apa-apa bahan beracun, bahan memudaratkan atau bahan pencemar atau bahan buangan yang akan menyebabkan atau berkemungkinan menyebabkan atau menyumbang kepada terjadinya suatu sumber air atau bahagiannya merbahayakan, memburukkan atau menjejaskan kesihatan, keselamatan atau kebajikan orang awam atau kehidupan atau kesihatan haiwan atau tumbuh-tumbuhan atau padanya atau terhadap penggunaan berfaedah lain sumber air itu;(b)apa-apa bahan yang disebabkan haba, kandungan biologi atau kimianya atau kesannya menukarkan warna air membuat atau menyumbangkan terhadap membuatkan sumber air atau bahagiannya itu berpotensi merbahayakan kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau kehidupan atau kesihatan haiwan atau tumbuh-tumbuhan atau menjejaskan penggunaan berfaedah lain sumber air itu;(c)apa-apa bahan yang disebabkan keadaan fizikal, kandungan kimia atau biologi, atau kesannya menukarkan warna air membuat atau menyumbangkan terhadap membuatkan sumber air itu sukar dipulihkan atau menjejaskan aliran, kualiti atau kuantiti air di dalam sumber air itu; dan(d)minyak dalam apa-apa bentuk, minyak yang telah digunakan, bahan buangan atau bahan buangan yang mengandungi minyak atau sebaliknya.(2) Apabila apa-apa kemasukan atau pelepasan itu telah dibuat, tuan punya atau penghuni hartanah dari mana kemasukan atau pelepasan itu berpunca hendaklah, kecuali dibuktikan sebaliknya, dianggap telah melepaskan atau menyebabkan kemasukannya ke dalam sumber air itu.(3) Lesen untuk memasukkan atau membuang ke dalam mana-mana sumber air mana-mana bahan yang disebutkan di dalam subseksyen (1) boleh diberikan oleh Lembaga menurut Seksyen 59.(4) Seseorang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi seratus ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi tempoh tiga tahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya lima ribu.Fi Dan CajBil.JenisFi1.Pendaftaran (Sekali Sahaja)RM1502.Fi Lesen (Setiap Tahun)RM650PERMOHONAN KEMASUKAN DAN PELEPASAN BAHAN PENCEMARLembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah mula melaksanakan permohonan Lesen Kemasukan atau Pelepasan Bahan Pencemar secara atas talian (online) mulai 1 Julai 2018.Setiap permohonan baru / pembaharuan Lesen Kemasukan atau Pelepasan Bahan Pencemar hendaklah melalui Sistem Pelesenan Efluen (LEDS).Permohonan boleh dibuat dengan mengikuti langkah seperti berikut :Layari laman sesawang elesen.luas.gov.myKlik Pendaftaran Pengguna Baru (bagi pengguna baru).Log masuk kemudian klik icon LEDS.BORANG PERMOHONANTiada sebarang borang yang digunakan . Permohonan secara atas talian (online).