Loader
Logo LUAS
Print
Published at :
Modified at : 2022-03-29
Jumlah pelawat : 5563

Pengenalan

Prosedur operasi ini merangkumi cadangan mitigasi bagi menangani krisis bekalan air disebabkan henti tugas Loji Pembersihan Air (LPA) utama di Sungai Langat iaitu LPA Cheras, Batu 11 dan LPA Bukit Tampoi semasa musim kering. Henti tugas LPA berlaku disebabkan oleh peningkatan parameter ammonia di dalam sungai. Antara faktor yang menyebabkan keadaan ini adalah kerana penurunan paras air Sungai Langat disebabkan ketiadaan hujan di sekitar kawasan tadahan dan menyebabkan kadar pencairan berkurangan di dalam sungai.

Selain itu, penurunan paras air Sungai Langat juga memberi kesan kepada LPA Sungai Langat di mana pengepaman tidak dapat dijalankan disebabkan paras sungai yang rendah. Sehubungan itu, Empangan Sungai Langat perlu melepaskan air sehingga 260 JLH setiap hari bagi memastikan paras Sungai Langat berada pada paras 38.20 m. Sumber air mentah dari Pahang ini membantu meningkatkan kebolehdapatan sumber air di dalam Lembangan ini untuk memenuhi permintaan yang tinggi bagi bekalan air terawat sementara fasiliti LPA Langat 2 siap menjelang 2017.

Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor (PAMPS) merangkumi pemindahan air mentah dengan kapasiti 1890 JLH dari Sungai Semantan di Pahang menggunakan lapan (8) unit pam beroperasi dan empat (4) unit pam tunggu sedia berkapasiti 300 JLH setiap unit yang kemudian disalurkan melalui terowong berdiameter 5.2 meter dan seterusnya disalurkan terus ke LPA Langat 2 di Negeri Selangor.

Penyaluran air mentah dari Sungai Semantan ini melibatkan paip berkembar di mana setiap unit bergaris pusat 3m sepanjang 11.9 km masuk ke dalam terowong yang bergarispusat 5.2 m sepanjang 44 km dan seterusnya masuk ke dalam LPA Langat 2 melalui sambungan paip.

Walau bagaimanapun, jangkaan siap projek PAMPS ini adalah pada tahun 2019. Sehubungan itu, Projek PAMPS sebanyak 500 JLH dijalankan sebagai mitigasi awal bekalan air semasa musim kering. Kerajaan Persekutuan telah menyediakan paip bergaris pusat 1.8 m sepanjang 1.2 km yang akhirnya akan keluar di Sungai Langat.

Objektif

Mengelakkan henti tugas LPA berlaku dengan memastikan sumber air di Sungai Langat berada di paras 38.20 meter dan mempunyai paras ammonia yang rendah serta mematuhi Keperluan Garis Panduan Kualiti Air Minum Bagi Air Mentah oleh KKM iaitu tidak melebihi 1.5 m.

Muka sauk Sungai Semantan

Rajah Skematik Operasi Penyaluran Air Pahang-Selangor

Muka sauk Sungai Semantan

Muka sauk Sungai Semantan

Muka sauk Sungai Semantan

Terowong air PAMPS masuk ke Sungai Langat


Artikel Berkaitan

FacebookFollow us on Facebook
TwitterFollow us on Twitter
YoutubeFollow us on Youtube
RSSFollow our RSS Feed
InstagramFollow us on Instagram