Loader
Logo LUAS
Print

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan

Published at :
Modified at : 2022-10-21
Jumlah pelawat : 9376
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
Dasar Keselamatan ICT
MAMPU
Dasar Keselamatan ICT
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
LEMBAGA URUS AIR SELANGOR
DASAR STRATEGI PENGURUSAN SUNGAI DI NEGERI SELANGOR
DASAR STRATEGI PENGURUSAN SUNGAI DI NEGERI SELANGOR
DASAR STRATEGI PENGURUSAN TASIK DI NEGERI SELANGOR
DASAR STRATEGI PENGURUSAN TASIK DI NEGERI SELANGOR
HAK CIPTA
Hak cipta Portal Lembaga Urus Air Selangor dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah kepunyaan Lembaga Urus Air Selangor kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada Lembaga Urus Air Selangor.
ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT NEGERI SELANGOR

Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2011 digubal dengan objektif untuk mempertingkatkan penzahiran maklumat bagi kepentingan awam dan untuk memberi peluang kepada setiap individu untuk mengakses maklumat yang dibuat oleh Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri melalui permohonan yang dikemukakan kepada Jabatan yang berkenaan. Enakmen ini telah diwartakan pada 25 Ogos 2011 dan berkuatkuasa mulai 5 Mac 2013 sebagaimana perkenan DYMM Sultan Selangor. Turut berkuatkuasa pada tarikh yang sama ialah dua (2) undang-undang subsidiari yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi menyokong peruntukan-peruntukan Enakmen ini, iaitu Peraturan-Peraturan Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) (Akses Kepada Maklumat) 2012 dan Kaedah-Kaedah Badan Maklumat Negeri (Negeri Selangor) 2012.

Mana-mana orang awam dan organisasi luar yang ingin mendapatkan sebarang maklumat daripada mana-mana Jabatan Kerajaan Negeri boleh berbuat demikian dengan mematuhi prosedur-prosedur berikut:-

  1. Mengisi dan melengkapkan Borang Permohonan Untuk Mendapatkan Maklumat seperti yang dilampirkan di bawah;
  2. Mengemukakan Borang Permohonan Untuk Mendapatkan Maklumat yang telah lengkap diisi secara serahan tangan kepada Jabatan yang berkenaan bersama-sama bayaran RM12.00 (Ringgit Malaysia : Dua Belas Sahaja) iaitu RM 2 untuk fi permohonan dan RM10 untuk deposit fi pemprosesan yang tidak akan dikembalikan;
  3. Pegawai Maklumat yang dilantik bagi setiap Jabatan (sebagaimana Senarai Pegawai Maklumat di bawah) akan memproses permohonan yang dikemukakan dan akan memberikan maklum balas kepada permohonan dalam tempoh masa 30 hari dari tarikh akuan penerimaan permohonan bagi permohonan biasa atau dalam tempoh masa tujuh (7) hari dari tarikh akuan penerimaan permohonan sekiranya permohonan itu melibatkan nyawa atau kebebasan individu; dan
  4. Sekiranya permohonan diluluskan, pemohon perlu membayar baki fi pemprosesan (sekiranya perlu) dan akan menerima akses kepada maklumat yang dipohon mengikut cara akses yang bersesuaian; dan
  5. Sekiranya permohonan ditolak, pemohon boleh mengemukakan rayuan kepada Badan Maklumat Negeri dalam tempoh masa 21 hari dari tarikh penerimaan keputusan.

(Sila rujuk Garis Panduan Pelaksanaan Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2011 seperti dilampirkan di bawah untuk informasi lanjut)

Sekiranya memerlukan sebarang maklumat atau bantuan berhubung perkara ini, sila berhubung dengan pegawai di Unit Korporat, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) 03-55111800 Ext 1314 atau e-melAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

PENAFIAN

Terima kasih kerana melayari Portal Lembaga Urus Air Selangor (LUAS). Sekiranya anda mengakses Portal ini, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa anda terikat kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Sekiranya anda tidak bersetuju, diharap anda tidak melayari Laman Web ini.

Umum

Syarat-syarat ini akan menggantikan syarat-syarat terdahulu yang anda terima atau akses menerusi Portal ini. Penggunaan dan / akses anda kepada perkhidmatan ini seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan syarat-syarat ini. Anda selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses secara berterusan dan penggunaan syarat-syarat (yang diubah atau diubahsuai dari masa ke semasa) akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini.

Hak Cipta Terpelihara

Portal ini adalah Portal Rasmi Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)
Hak cipta Portal Rasmi Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks dan susunannya serta bahan-bahannya ialah keupayaan Kerajaan Negeri Selangor kecuali dinyatakan sebaliknya.

Sekatan Penggunaan Kandungan

Tiada mana-mana bahagian Portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) untuk menggunakan sebarang bahagian kandungan di dalam Portal ini, pengguna mestilah mendapatkan kebenaran bertulis yang menyatakan kandungan yang digunakan, tujuan perlakuan, tempoh masa dan kuantiti pengguna. LUAS mempunyai hak mutlak untuk tidak memberikan kebenaran tanpa sebarang alasan ; dan/atau jika maklumat yang diberi oleh pengguna tidak mencukupi.Pengubahsuaian mana-maan kandungan atau penggunaan kandungan untuk sebarang tujuan merupakan penyalahgunaan harta intelek LUAS. Grafik dan imej di Portal ini telah dilindungi dan tidak boleh dicipta semula atau diperlakukan tanpa sebarang kebenaran bertulis dari pihak LUAS.

Kemudahan Penterjemahan Web

PENAFIAN: Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan nanti selepas alih bahasa telah dibuat pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer. Keberangkalian untuk kandungan itu berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau salah maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa tersebut. Kandungan rasmi hanya pada laman web yang asal yakni dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Penafian Hak dan Tanggungjawab

Kandungan Portal ini disediakan sebagai dasar tanpa jaminan. Terma dan syarat penggunaan Portal ini diuruskan dan diselaraskan dalam persetujuan undang LUAS tidak akan memberi sebarang jaminan undang-undang sekiranya :--
Penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan ini;
Kos perolehan barangan dan perkhidmatan gantian berikutan pembelian sebarang barangan, data, maklumat atau perkhidmatan atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada Portal ini;
LUAS tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kehilangan dalam sebarang bentuk samada secara langsung atau tidak langsung dalam penggunaan kandungan Portal ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain dari kandungan Portal ini.

Hak Capaian

LUAS berhak untuk menghadkan capaian ke Portal ini kepada orang tertentu atau menyekat capaian dari alamat internet tertentu ke atas Portal ini, pada bila-bila masa, tanpa sebarang punca atau sebab dan sebagainya.

Pautan dari Portal ini ke Portal lain

Portal ini mengandungi pautan ke Portal lain yang tidak dimiliki dan diselenggara oleh LUAS. LUAS tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan pada Portal luar tersebut dan tidak akan meminda terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan terhadap capaian Portal luar tersebut. Capaian terhadap Portal luar tersebut adalah di bawah risiko anda sendiri. Laman Pautan luar ini disediakan sebagai kemudahan kepada orang ramai. Tiada keadaan di mana LUAS berhak meminda sebagai menjaga hak anggota atau keahlian bersekutu atau anggota gabungan dalam apa jua cara dagangan atau kesan perkhidmatan, logo, tanda kebesaran atau lain-lain peralatan yang digunakan atau memaparkannya dalam Portal yang mana telah dipaut melalui Portal ini.

Pautan ke Portal ini dari Portal lain

Selain daripada perkara di bawah, pautan ke Portal ini adalah dilarang. Pautan ke Laman Utama : Anda boleh berhubung ke Portal ini menerusi notis pemberitahuan LUAS secara bertulis. Hyper - pautan ke muka dalaman Portal ini : Anda mestilah mengemukakan permintaan yang terperinci dan kebenaran keselamatan dari pihak LUAS terlebih dahulu. LUAS berhak mengenakan syarat apabila memberi kebenaran hyper-pautan ke Portal ini atau mana-mana kandungan. Pautan dan'framing' anda ke Portal ini atau sebarang kandungannya akan dianggap penerimaan dan persetujuan anda ke atas semua syarat-syarat ini. Anda selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses secara berterusan dan pengggunaan syarat-syarat (yang diubah atau diubahsuai dari semasa ke semasa) akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini. LUAS berhak untuk membatalkan sebarang pautan dan LUAS tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana kandungan yang diperolehi dari lain-lain Portal yang dipautkan ke atau dari Portal ini.


Penafian bagi laman atas talian (media sosial dan laman rasmi) yang menggunapakai nama LUAS atau seumpamanya.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menafikan dan tidak bertanggungjawab di atas sebarang kenyataan, komen atau pendapat yang dinyatakan oleh penulis menggunakan sumber LUAS atau sebaliknya. Ia menjadi tanggungjawab penulis tersebut sepenuhnya, dan tidak semestinya membayangkan pandangan LUAS sendiri. LUAS juga tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau fungsi sebarang sumber yang tidak dimiliki oleh LUAS.

Perintah Undang-Undang

Terma dan syarat-syarat Portal ini diuruskan dan diselaraskan dalam persetujuan undang-undang Malaysia.

TERMA & SYARAT

Terma & Syarat

Di bawah adalah syarat-syarat penggunaan laman web serta hak dan kewajipan anda semasa mengakses dan/atau menggunakan perkhidmatan di laman web ini.

Sekiranya anda mengakses laman web ini, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa anda terikat kepada syarat-syarat ini dan dengan ini, terbentuklah satu persetujuan di antara anda sebagai pelanggan, dan kami, bagi akses dan/atau penggunaan laman web ini.

Syarat-syarat ini akan menggantikan syarat-syarat terdahulu yang anda terima atau akses menerusi laman web ini. Penggunaan dan/atau akses anda kepada perkhidmatan ini seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan syarat-syarat ini.

Had Tanggungjawab

Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan atau exemplary, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain akibat daripada:
  1. Penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan ini
  2. Kos perolehan barangan dan perkhidmatan gantian berikutan pembelian sebarang barangan, data, maklumat atau perkhidmatan atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada laman web ini,
  3. Akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data anda
  4. Kenyataan atau tindakan pihak ketiga di laman web ini; atau
  5. Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan laman web ini.

Pautan

Kami boleh menyediakan pautan kepada laman web yang lain. Laman-laman web tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga dan oleh itu, kami tidak mempunyai kawalan ke atas laman dan sumber tersebut. Anda mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap laman dan sumber luar tersebut dan tidak menyokong serta tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan, iklan, produk atau bahan-bahan lain yang disediakan di laman dan sumber tersebut. Anda seterusnya mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh atau dipercayai sebagai sebabnya atau dikaitkan dengan penggunaan atau pergantungan ke atas kandungan, barangan atau perkhidmatan yang disediakan di atau menerusi laman atau sumber tersebut.

Penamatan

Kami boleh menamatkan akses anda ke mana-mana bahagian perkhidmatan atau seluruh perkhidmatan dan mana-mana perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan sebab atau tanpa sebab, dengan notis atau tanpa notis, dan berkuatkuasa serta-merta. Kami boleh juga menamatkan atau menggantung akaun anda yang tidak aktif, iaitu, didefinisikan sebagai kegagalan untuk menggunakan perkhidmatan laman web menerusi akaun tersebut bagi suatu tempoh tertentu. Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas penamatan akses kepada perkhidmatan tersebut.

Perubahan kepada Syarat-syarat Perkhidmatan

Kami mempunyai hak untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini pada bila-bila masa dengan memberi notis terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kecemasan atau demi menjaga keselamatan laman web atau dalam keadaan di luar kawalan, di mana kami mendapati perlunya untuk mengubah, mengubahsuai, membatal atau menambah syarat-syarat ini, ia akan berbuat demikian tanpa notis terdahulu kepada anda. Adalah dipersetujui bahawa anda akan mengakses dan meneliti syarat-syarat ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan yang terkini. Anda selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses secara berterusan dan penggunaan syarat-syarat (yang diubah atau diubahsuai dari semasa ke semasa) akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini.


Pengubahsuaian kepada Perkhidmatan

Kami mempunyai hak untuk mengubahsuai atau menamatkan perkhidmatan (atau sebahagian daripada perkhidmatan) sama ada secara sementara atau tetap pada bila-bila masa dengan notis atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan perkhidmatannya.

Umum

Tajuk-tajuk yang digunakan di bawah syarat-syarat ini hanya untuk rujukan dan tidak boleh diambilkira dalam tafsiran syarat-syarat ini.

Sekiranya mana-mana peruntukan syarat-syarat ini menyalahi undang-undang atau tidak sah di sisi undang-undang atau peraturan-peraturan sekarang atau yang akan datang, peruntukan tersebut akan diasingkan dan syarat-syarat ini akan ditafsirkan seolah-olah peruntukan yang tidak sah itu tidak wujud dan syarat-syarat ini bersama-sama peruntukan lain akan berkuatkuasa sepenuhnya tanpa dijejaskan oleh peruntukan yang menyalahi undang-undang atau yang tidak sah.
DASAR PRIVASI & DASAR KESELAMATAN

Privasi Anda

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pelawat. Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi sektor awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Sebagai contoh, untuk menyelesaikan atau merekodkan aduan, maklumat yang diperlukan disalurkan kepada agensi kerajaan yang lain.

Data Peribadi

Pelawat mungkin diminta mengemukakan maklumat peribadi seperti nama dan alamat e-mel untuk penggunaan perkhidmatan di laman web ini. Perkhidmatan tersebut adalah seperti penghantaran notis melalui e-mel, maklum balas laman web atau cadangan idea/aplikasi. Sebarang maklumat peribadi yang dikemukakan kepada laman web ini tidak akan didedahkan melainkan yang dibenarkan oleh undang-undang.

Maklumat Terkumpul

Tiada sebarang maklumat peribadi anda disimpan semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang anda putuskan untuk dikemukakan melalui pesanan penerbitan, penghantaran e-mel atau langganan perkhidmatan e-mel di laman web ini.

Laman web ini hanya berkongsi maklumat anda dengan agensi kerajaan lain sekiranya soalan anda berkaitan dengan agensi tersebut, atau sebaliknya sekiranya diperlukan. Laman web ini tidak mengumpul maklumat atau mewujudkan profil individu untuk pemasaran komersial.

Maklumat Log

Apabila anda melayari laman web ini, kami mungkin menyimpan maklumat log berikut secara automatik seperti alamat protokol Internet tempat anda melayari, tarikh dan masa, nama laman web tempat anda membuat pautan, nama fail atau perkataan yang anda cari, butiran yang anda klik pada laman, dan pelayar serta sistem pengoperasian yang anda gunakan.

Maklumat log ini digunakan untuk mengukur bilangan pelawat yang berkunjung ke laman web ini dan mengenal pasti prestasi atau masalah sistem. Kami juga menggunakan maklumat ini untuk membantu dalam membangunkan laman, analisis corak penggunaan, dan untuk menjadikan laman ini lebih berguna. Laman web ini tidak berkongsi atau menjual data pelawat bagi tujuan pengiklanan, pemasaran atau sebarang tujuan komersial.

Penggunaan Kuki (Cookies)

Laman web ini menghasilkan kuki, yang dikumpulkan oleh pelayar laman web bagi membolehkan ia mengenali anda untuk kunjungan yang berikutnya. Kuki ini tidak menyimpan data anda secara kekal dan ia juga tidak disimpan di dalam cakera keras komputer anda. Kuki akan dipadamkan sebaik sahaja anda menutup pelayar anda.

Pautan Kepada Laman Web yang Lain

Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pelawat dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk perisian penyulitan data digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Dasar Keselamatan

  • Pelawat yang ingin menggunakan kemudahan seperti maklum balas kepada pengemaskinian laman web ini perlu mendaftar bagi tujuan keselamatan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
  • Pelawat bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang maklumat yang diberikan kepada laman web ini.
  • Pelawat harus memastikan sebarang fail yang dikepilkan bersama (jika ada) bebas daripada sebarang pepijat (bug).
  • Laman web kerajaan dan agensi swasta yang memerlukan pautan ke laman web ini mestilah mendapatkan kelulusan daripada Pentadbir laman web ini.
  • Memecah masuk atau cubaan mengodam laman web ini adalah dilarang sama sekali.

Pindaan Dasar

Sekiranya terdapat sebarang pindaan pada dasar, ia akan dikemas kini di halaman ini. Pastikan anda sentiasa melayari bahagian dasar privasi dan keselamatan bagi memastikan anda sentiasa tahu tentang maklumat yang disimpan, kaedah dan waktu ia digunakan.


Artikel Berkaitan

FacebookFollow us on Facebook
TwitterFollow us on Twitter
YoutubeFollow us on Youtube
RSSFollow our RSS Feed
InstagramFollow us on Instagram