

TENTANG LUAS
Penubuhan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bermula daripada arahan Jemaah Menteri pada Julai 1997 yang meminta Kementerian Pertanian, seterusnya Kerajaan Negeri Selangor supaya mengkaji cadangan bagi menubuhkan satu badan untuk menguruskan sungai dan sumber air secara bersepadu dengan mengambil Sungai Selangor sebagai projek perintis dan Sungai “Thames” di United Kingdom sebagai model pelaksana. Sehubungan dengan itu, penyelarasan peranan dan bidangkuasa antara agensi kerajaan negeri dan persekutuan telah dibuat bagi memastikan tidak wujud sebarang pertindihan fungsi dan tanggungjawab serta melancarkan perjalanan badan ini. Lalu LUAS ditubuhkan melalui kelulusan Dewan Undangan Negeri Selangor yang bersidang pada 9 April 1999. Penubuhan LUAS ini dilengkapi dengan sebuah enakmen iaitu Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999.
PERKHIDMATAN LUAS
BERITA

LUAS MERANGKUL NAIB JOHAN PERBARISAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-68 PERINGKAT NEGERI SELANGOR
Mantap dan bersemangat, itulah kata-kata yang dapat diluahkan terhadap kesemua ahli kontinjen perbarisan LUAS sempena Sambutan Kemerdekaan Malaysia Ke-68 Peringkat Negeri Selangor bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam malam semalam. Penyertaan kali ketiga ini memberikan kemenangan tempat kedua kepada LUAS di dalam kategori badan berkanun perarakan terbaik. Tahniah kontinjen LUAS!

MAKLUM BALAS
PENSIJILAN


