Loader
Logo LUAS
Print

Pembuangan Air Kembalian, Dan Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Buangan Dan Bahan Pencemar

Published at :
Modified at : 2024-08-27
Jumlah pelawat : 21811
Pengenalan

Selaras dengan Rancangan Selangor 1 (RS-1) di dalam sektor tumpuan ‘Pengurusan Air’ di bawah Tema Strategik 3 :

Pemacuan Kelestarian, Kerajaan Negeri Selangor melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan dan melaksanakan Dasar Pelepasan Sifar iaitu Zero Discharge Policy (ZDP) yang memfokuskan kepada pengurusan dan kawal selia kuantiti dan kualiti sumber air daripada punca persekitaran.

Pendekatan ZDP ini dikuatkuasakan melalui penggubalan peraturan baharu di bawah Enakmen LUAS 1999 iaitu Peraturan-Peraturan Pelesenan Pembuangan Air Kembalian, Dan Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Buangan dan Bahan Pencemar (Negeri Selangor) 2024 dimana peraturan ini merupakan penambahbaikan kepada penguatkuasaan peraturan sedia ada sekaligus menggantikan peraturan sedia ada tersebut iaitu Peraturan-Peraturan Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Pencemar (Negeri Selangor) 2012.

Cadangan pelaksanaan ZDP ini adalah sebagai komitmen Kerajaan Negeri Selangor dalam meningkatkan kualiti sumber air khususnya di lembangan sungai utama di Negeri Selangor. Peraturan baharu ini telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) Bil 14/2024 pada 15 Mei 2024 dan telah diwartakan pada 20 Jun 2024 untuk pemakaian yang berkuatkuasa di seluruh Negeri Selangor.

Sebanyak 13 aktiviti berjadual yang merangkumi semua aktiviti di persekitaran sumber air dan lembangan sungai (dekat atau jauh dari sumber air/sungai) telah ditetapkan di dalam Peraturan-Peraturan Pelesenan Pembuangan Air Kembalian, Dan Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Buangan dan Bahan Pencemar (Negeri Selangor) 2024 seperti berikut;

    1. Akuakultur air tawar, air payau dan air masin.
    2. Perladangan unggas.
    3. Penternakan ruminan.
    4. Pemeliharaan haiwan.
    5. Pencucian bahan batuan.
    6. Rumah sembelihan.
    7. Rekreasi.
    8. Pembangunan atau kerja tanah.
    9. Perlombongan pasir biasa.
    10. Perindustrian.
    11. Perkhidmatan perawatan kumbahan
    12. Perkhidmatan pengurusan sisa pepejal.
    13. Perkhidmatan bekalan air.
Peranan LUAS
  1. LUAS akan memastikan objektif pelaksanaan ZDP ini dilaksanakan dan antara objektif ZDP adalah :

    1. Menggalakkan semua pengusaha dan premis aktiviti/industri meminimakan kuantiti pelepasan efluen berlandaskan prinsip Polluters Pay Principle (PPP) yang mana pihak premis yang berkaitan hanya perlu membayar sejumlah kadar yang ditetapkan bagi air kembalian dan efluen yang dilepaskan ke sumber air.

    2. Memastikan pematuhan had piawaian kualiti yang ditetapkan terhadap pelepasan air kembalian dan efluen ke dalam sumber air dan persekitaran berdasarkan kaedah-kaedah yang bersesuaian dengan teknologi terkini digunapakai oleh pihak premis.

    3. Menggalakkan pihak premis mengaplikasikan Best Management Practice (BMP ) dalam usaha mengurangkan kos operasi dengan melaksanakan kaedah guna semula (reuse) dan kitar semula (recycle) air sisa sekaligus meminimakan sehingga sifar pelepasan bagi mengurangkan impak terhadap sumber air.

    4. Sebagai salah satu inisiatif dalam bentuk sumbangan dan keterlibatan semua pihak terlibat di dalam pengurusan sumber air yang mana ianya akan digunakan semula oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui LUAS bagi pembangunan, pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air negeri.

  2. Memastikan setiap premis yang tertakluk dengan 13 aktiviti berjadual di bawah Peraturan ini perlu mendapatkan Lesen Pembuangan Air Kembalian (AK) juga Lesen Kemasukan atau Pelepasan Bahan Buangan dan Bahan Pencemar (BP).

  3. Memastikan premis yang telah dilesenkan dikehendaki mematuhi syarat-syarat lesen yang telah ditetapkan.

  4. Pemeriksaan pematuhan kepada syarat lesen akan dijalankan oleh pihak LUAS dan sekiranya terdapat perlanggaran syarat-syarat lesen yang telah ditetapkan, LUAS berhak untuk mengenakan :

    1. Caj perlanggaran.
    2. Pembatalan lesen.
    3. Kompaun.
    4. Pendakwaan.
Punca Kuasa
  1. AIR KEMBALIAN

    1. Tafsiran:

      ‘Air yang dipulangkan atau dibuang ke dalam sumber air daripada apa-apa aktiviti yang dilesenkan’.

    2. Punca Kuasa:

      Sek. 44 (1)(b) dan Sek. 59 (1)(b), Enakmen LUAS 1999 (Pindaan 2020)


  2. BAHAN BUANGAN / BAHAN PENCEMAR
    1. Tafsiran:

      1. Bahan buangan : ‘Apa-apa benda yang dilepaskan dalam alam sekitar dalam apa-apa isipadu, komposisi atau cara yang menyebabkan pencemaran’.

      2. Bahan pencemar : ‘Apa-apa benda yang dilepaskan, dikeluarkan atau diletakkan daripada mana-mana sumber yang boleh menyebabkan pencemaran kepada alam sekitar’.


    2. Punca Kuasa:

      Sek. 79 (1) dan Sek. 59 (1)(b), Enakmen LUAS 1999 (Pindaan 2020)
Fi dan Caj
  1. Caj Lesen Kemasukan atau Pelepasan Bahan Buangan dan Bahan Pencemar
  2. Caj Lesen Pembuangan Air Kembalian
  3. Fi Pendaftaran dan Fi Lesen:

Bil.

Aktiviti yang dilesenkan

Fi pendaftaran
(RM)

Fi lesen (RM)

Pembuangan air kembalian

(tahunan)

Kemasukan atau pelepasan bahan buangan dan bahan pencemar

(tahunan)

1.

Akuakultur air tawar, air payau atau air masin:

(i) kurang 5 hektar

(ii) lebih 5 hektar

50.00

50.00


10.00

50.00 dan tambahan 2.00 bagi setiap 1 hektar berikutnya


100.00

150.00 dan tambahan 2.00 bagi
setiap 1 hektar berikutnya

2.

Perladangan unggas:

(i) 1 hingga 500 ekor

(ii) 501 hingga 5000 ekor

(iii) 5001 hingga 10000 ekor

(iv) 10001 hingga 15000 ekor

(v) 15001 hingga 20000 ekor

(vi) 20001 hingga 30000 ekor

(vii) 30001 hingga 40000 ekor

(viii) 40001 hingga 50000 ekor

(ix) 50001 ekor dan ke atas


50.00

50.00

50.00

50.00

50.00

50.00

50.00

50.00

50.00


10.00

50.00

50.00

50.00

50.00

50.00

50.00

50.00

50.00


20.00

70.00

130.00

240.00

350.00

460.00

570.00

680.00

790.00

3.

Penternakan ruminan:

(i) kurang 50 ekor

(ii) lebih 50 ekor


50.00

50.00


10.00

50.00


50.00

250.00

4.

Pemeliharaan haiwan

150.00

200.00

750.00

5.

Pencucian bahan batuan

150.00

200.00

750.00

6.

Rumah sembelihan

150.00

200.00

750.00

7.

Rekreasi

150.00

200.00

750.00

8.

Pembangunan atau kerja tanah

150.00

200.00

750.00

9.

Perlombongan pasir biasa

150.00

200.00

750.00

10.

Perindustrian

150.00

200.00

750.00

11.

Sistem pengolahan kumbahan

150.00

200.00

750.00

12.

Perkhidmatan pengurusan sisa pepejal

150.00

200.00

Tiada

13.

Perkhidmatan bekalan air

150.00

200.00

Tiada

Permohonan Lesen Air Kembalian dan Lesen Kemasukan Atau Perlepasan Bahan Buangan dan Bahan Pencemar

Bagi pelaksanaan Peraturan-Peraturan Pelesenan Pembuangan Air Kembalian, Dan Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Buangan dan Bahan Pencemar (Negeri Selangor) 2024, terdapat dua (2) lesen yang dikeluarkan di bawah peraturan ini iaitu :

  1. Lesen Pembuangan Air Kembalian (AK)
  2. Lesen Kemasukan atau Pelepasan Bahan Buangan dan Bahan Pencemar (BP).

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah mula melaksanakan permohonan Lesen Pembuangan Air Kembalian (AK) dan Lesen Kemasukan atau Pelepasan Bahan Pencemar (BP) secara atas talian (online ) mulai 1 Julai 2018.

Setiap permohonan baru / pembaharuan Lesen Pembuangan Air Kembalian (AK) dan Lesen Kemasukan atau Pelepasan Bahan Buangan dan Bahan Pencemar (BP) hendaklah melalui Sistem Pelesenan Pelepasan Efluen (LEDS).

Permohonan boleh dibuat dengan mengikuti langkah seperti berikut :

  1. Layari laman sesawang elesen.luas.gov.my
  2. Klik Pendaftaran Pengguna Baru (bagi pengguna baru).
  3. Log masuk.
  4. Klik icon LEDS.
  5. Pilih permohonan lesen yang berkaitan sama ada icon AK untuk Lesen Pembuangan Air Kembalian atau icon BP untuk Lesen Kemasukan atau Pelepasan Bahan Pencemar.
  6. Rujuk Manual Pengguna untuk urusan permohonan.
Dokumen Permohonan

Tiada sebarang borang yang digunakan dan permohonan adalah secara atas talian. Sila layari laman sesawang elesen.luas.gov.my


Artikel Berkaitan

FacebookFollow us on Facebook
TwitterFollow us on Twitter
YoutubeFollow us on Youtube
RSSFollow our RSS Feed
InstagramFollow us on Instagram