Loader
Logo LUAS
Print

LAWATAN TAPAK PROJEK MITIGASI BANJIR DI SG. KLANG, DI PROJEK ZON 6, ALAM IMPIAN

Published at :
Modified at : 2024-02-26
Jumlah pelawat : 176
LUAS turut bersama-sama hadir dalam lawatan kerja ke tapak projek mitigasi banjir di Sg. Klang, di Projek Zon 6, Alam Impian bagi meninjau status projek tebatan banjir tersebut di bawah kendalian dan kelolaan pihak Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB).
Lawatan kerja ini turut disertai YB Tuan Ir. Izham Hashim , EXCO Infrastruktur dan Pertanian, YBrs. Ts. Tn. Hj. Hasrolnizam Shaari, Pengarah LUAS dan wakil-wakil agensi antaranya JPS Selangor bagi melihat dan memantau status pelaksanaan projek tersebut.
Projek tersebut merangkumi kerja-kerja mendalamkan, mengeluarkan dan menambahbaik ban di Sungai Klang. Dan kesemua aktiviti berkenaan memerlukan kelulusan dari agensi teknikal seperti LUAS. LUAS merupakan urusetia bagi Jawatankuasa Kecil Air SMG dan projek berkaitan tebatan banjir Sg. Klang.
Aktiviti-aktiviti tersebut tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Aktiviti Pengubahan Sumber (Negeri Selangor) 2013 yang memerlukan Kebenaran Bertulis (KB) daripada LUAS untuk langkah kawalan impak kepada kualiti/kuantiti sumber air.
LUASLUAS
LUASLUAS
LUASLUAS

Artikel Berkaitan

FacebookFollow us on Facebook
TwitterFollow us on Twitter
YoutubeFollow us on Youtube
RSSFollow our RSS Feed
InstagramFollow us on Instagram