Loader
Logo LUAS
Print

IKLAN JAWATAN KOSONG LEMBAGA URUS AIR SELANGOR (LUAS) JANUARI 2025

IKLAN JAWATAN KOSONG LEMBAGA URUS AIR SELANGOR (LUAS) JANUARI 2025Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mempelawa Warganegara Malaysia (keutamaan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti di dalam kenyataan iklan  (rujuk IKLAN JAWATAN KOSONG LEMBAGA URUS AIR SELANGOR)Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui laman web PERMOHONAN JAWATAN KOSONG (https://eperjawatan.luas.gov.my) Sila rujuk 'manual pengguna' yang disediakan dalam talian. Setiap Pemohon perlu membeli No.Pin yang berharga RM10.00 bagi setiap jawatan. Pembayaran boleh dilakukan secara Tunai di Kaunter LUAS atau secara atas talian.  PEMBAYARAN YANG DIBUAT SEBELUM 4.30 PETANG AKAN DIPROSES PADA HARI YANG SAMA DAN JIKA PEMBAYARAN DIBUAT DILUAR WAKTU BEKERJA TERMASUK CUTI HARI MINGGU ATAU CUTI UMUM AKAN DIBUAT PADA HARI BEKERJA SETERUSNYA.  Sekian, terima kasih.  KETERANGAN LANJUT IKLAN :: MUAT TURUN ::RINGKASAN IKLAN :: MUAT TURUN ::TARIKH BUKA PERMOHONAN: 13 JANUARI 2025 (ISNIN)TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 31 JANUARI 2025 (JUMAAT)

PlusBaca Lagi

Buletin Mingguan

Dapatkan berita terkini dua minggu sekali pada setiap hari Jumaat berkaitan pengurusan/aktiviti LUAS! Tuan/Puan boleh memuat turun newsletter seperti di bawah(MUAT TURUN NEWSLETTER LUAS BIL. 1/2024) (MUAT TURUN NEWSLETTER LUAS BIL. 2/2024)(MUAT TURUN NEWSLETTER LUAS BIL. 3/2024)(MUAT TURUN NEWSLETTER LUAS BIL. 4/2024)(MUAT TURUN NEWSLETTER LUAS BIL. 5/2024)(MUAT TURUN NEWSLETTER LUAS BIL.6/2024)(MUAT TURUN NEWSLETTER LUAS BIL.7/2024) (MUAT TURUN NEWSLETTER LUAS BIL. 8/2024) (MUAT TURUN NEWSLETTER LUAS BIL. 9/2024)(MUAT TURUN NEWSLETTER LUAS BIL. 10/2024)(MUAT TURUN NEWSLETTER LUAS BIL. 11/2024)(MUAT TURUN NEWSLETTER LUAS BIL. 12/2024)(MUAT TURUN NEWSLETTER LUAS BIL. 13/2024)(MUAT TURUN NEWSLETTER LUAS BIL. 14/2024)(MUAT TURUN NEWSLETTER LUAS BIL. 15/2024)(MUAT TURUN NEWSLETTER LUAS BIL. 16/2024)  (MUAT TURUN NEWSLETTER LUAS BIL. 17/2024)

PlusBaca Lagi

PEMBERITAHUAN CAJ AIR KEMBALIAN KE DALAM MANA-MANA SUMBER AIR 2024

Adalah dimaklumkan, LUAS dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri telah mewartakan Caj Pembuangan Air Kembalian 2024 yang dikenali sebagai Pemberitahuan Caj Air Kembalian Ke Dalam Mana-Mana Sumber Air 2024 yang telah berkuat kuasa pada 8 Ogos 2024 (No. 3925/2024). (No. 3925/2024) Perhatian dan kerjasama semua pihak terutama kepada pemegang lesen dan kebenaran bertulis daripada LUAS berkenaan perkara ini amatlah dihargai dan dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian 

PlusBaca Lagi

PERATURAN-PERATURAN PELESENAN PEMBUANGAN AIR KEMBALIAN, DAN KEMASUKAN ATAU PELEPASAN BAHAN BUANGAN DAN BAHAN PENCEMAR (NEGERI SELANGOR) 2024

Adalah dimaklumkan, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor telah meluluskan pindaan Peraturan Pelesenan LUAS 2024 yang dikenali sebagai Pelesenan Pembuangan Air Kembalian, Dan Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Buangan Dan Bahan Pencemar (Negeri Selangor) 2024 yang telah berkuat kuasa pada 20 Jun 2024 [Sel. P.U 19/2024][Sel. P.U 19/2024]Peraturan Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Pencemar (Negeri Selangor) 2012 [Sel.P.U.43/2012] adalah terbatal dengan berkuatkuasanya Peraturan Baharu (ZDP) ini dengan serta merta.

PlusBaca Lagi

PEMAKLUMAN PINDAAN PERATURAN PELESENAN 2024

Adalah dimaklumkan, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor telah meluluskan pindaan Peraturan Pelesenan LUAS 2024 yang dikenali sebagai Peraturan-Peraturan Lembaga Urus Air Selangor (Pelesenan) (Pindaan) 2024 yang telah berkuat kuasa pada 20 Jun 2024 [Sel. P.U 20/2024].[Sel. P.U 20/2024].Pindaan ini dibuat kerana:-Penggubalan peraturan Baharu iaitu Peraturan-Peraturan Pelesenan Pembuangan Air Kembalian, Dan Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Buangan Dan Bahan Pencemar (Negeri Selangor) 2024; danMemasukkan peruntukan baharu berkenaan Penggantian Lesen dengan caj Lesen gantian sebanyak RM100.00Kesan pindaan Peraturan Pelesenan ini:Semua pemegang lesen LUAS masih tertakluk kepada peraturan pelesenan ini seperti mana sedia ada; danBagi pemegang Lesen Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Pencemar (Negeri Selangor) 2012 akan terus berkuat kuasa sehingga tamat tempoh lesen tersebut dan perlu membuat pembaharuan lesen berdasarkan peraturan baharu Peraturan-Peraturan Pelesenan Pembuangan Air Kembalian, Dan Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Buangan Dan Bahan Pencemar (Negeri Selangor) 2024Perhatian dan kerjasama semua pihak terutama kepada pemegang lesen dan kebenaran bertulis daripada LUAS berkenaan perkara ini amatlah dihargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.Sekian.

PlusBaca Lagi
About LUAS
About LUAS

TENTANG LUAS

Penubuhan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bermula daripada arahan Jemaah Menteri pada Julai 1997 yang meminta Kementerian Pertanian, seterusnya Kerajaan Negeri Selangor supaya mengkaji cadangan bagi menubuhkan satu badan untuk menguruskan sungai dan sumber air secara bersepadu dengan mengambil Sungai Selangor sebagai projek perintis dan Sungai “Thames” di United Kingdom sebagai model pelaksana. Sehubungan dengan itu, penyelarasan peranan dan bidangkuasa antara agensi kerajaan negeri dan persekutuan telah dibuat bagi memastikan tidak wujud sebarang pertindihan fungsi dan tanggungjawab serta melancarkan perjalanan badan ini. Lalu LUAS ditubuhkan melalui kelulusan Dewan Undangan Negeri Selangor yang bersidang pada 9 April 1999. Penubuhan LUAS ini dilengkapi dengan sebuah enakmen iaitu Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999.

PlusBaca Lagi

PERKHIDMATAN LUAS

BERITA

LUAS

KUNJUNGAN HORMAT DARI LEMBAGA SUMBER AIR TERENGGANU (LAUT)

8 JANUARI 2025, RABU - LUAS menyantuni kunjungan hormat dari Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) ke ibu pejabat LUAS. Antara agenda pertemuan ini adalah perkongsian maklumat dan pengalaman antara pihak LUAS dan LAUT berkaitan pengurusan sumber air negeri khususnya berkenaan inisiatif Zero Discharge Policy (ZDP) yang sedang dilaksanakan di Negeri Selangor melalui Peraturan-Peraturan Pelesenan Pembuangan Air Kembalian dan Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Buangan dan Bahan Pencemar Negeri Selangor 2024.  Delegasi Negeri Terengganu diketuai oleh Yang Berbahagia, Dato’ Tun Ahmad Faisal Bin Tun Abdul Razak, Timb. Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) / Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Terengganu, bersama Yang Berbahagia, Dato’ Ir. Dr. Haji Nasehir Khan Bin E.M Yahaya, Pengarah Makmal Kualiti Air, Institut Penyelidikan Air Kebangsaan (NAHRIM) merangkap Ahli Lembaga LAUT, Pn. Safura Binti Mad Juhari, Pengarah LAUT, PTG Terengganu dan kakitangan LAUT.  Kunjungan hormat ini adalah bagi mendapatkan pandangan dan pendedahan daripada LUAS berkaitan gerak kerja pelaksanaan ZDP ini agar dapat dilaksanakan di Negeri Terengganu. LUAS turut berkongsi berkaitan ZDP, di mana ZDP ini antara lain bertujuan untuk menggalakkan premis-premis yang berkaitan mengurangkan kuantiti pelepasan efluen serta menggalakkan premis-premis tersebut menjalankan usaha penggunaan semula air sisa.  LUAS merakamkan penghargaan kepada pihak LAUT di atas kesudian untuk hadir ke LUAS bagi sesi perbincangan dan perkongsian ini. Semoga jalinan hubungan kerjasama ini membuahkan hasil dan memberi manfaat kepada negeri, rakyat serta para pengguna.    

Loader

MAKLUM BALAS

PENSIJILAN

SIRIMCERTIFIED TO MS ISO 9001:2015CERT. NO. : QMS 02863
SIRIMCERTIFIED TO MS 1900:2014CERT. NO. : QMS-i 00125
SAMMSkim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) for testing and/or calibration laboratorySAMM 916

TENDER & SEBUT HARGA

Tiada sebutharga/tender terkini

PERKHIDMATAN DALAM TALIAN

Online Service
Online Service
Online Service
Online Service
Online Service
Online Service

FOLLOW US

FacebookFollow us on Facebook
TwitterFollow us on Twitter
YoutubeFollow us on Youtube
RSSFollow our RSS Feed
InstagramFollow us on Instagram