Loader
Logo LUAS
Print

Sukaneka dan jungle trekking semasa Bengkel Rancangan Kerja (RKT) 2024

LUAS sentiasa menitikberatkan semangat kerjasama dan ukhuwah setiap kakitangannya. Aktiviti sukaneka dan aktiviti jungle trekking sepanjang 3KM telah dianjurkan semasa Bengkel Rancangan Kerja Tahunan (RKT) 2024 (rasionalisasi dan persediaan 2025) di Felda Residence Hot Spring, Sungkai, Perak. Aktiviti ini antara lain bertujuan mengeratkan dan meneguhkan semangat kerja berpasukan dan persefahaman dalam kalangan warga kerja LUAS tidak kira bahagian/unit serta memupuk semangat kekitaan. Kejayaan sebuah organisasi bukan hanya bergantung kepada individu yang cemerlang, tetapi kepada kemampuan pasukan untuk bekerjasama sebagai satu entiti yang padu. Bergerak dalam sebuah pasukan yang saling memerlukan antara satu sama lain tidak kira dalam apa jua situasi, inilah sebenarnya kunci kekuatan LUAS dalam menggalas amanat yang telah dianugerahkan sejak 25 tahun dalam pengurusan sumber air.

FacebookFollow us on Facebook
XFollow us on X
YoutubeFollow us on Youtube
InstagramFollow us on Instagram
TiktokFollow us on Tiktok
RSSFollow our RSS Feed