Loader
Logo LUAS
Print

IKLAN PENGAMBILAN PERSONEL SHORT- TERM EMPLOYMENT PROGRAM (MySTEP) APRIL TAHUN 2025 LEMBAGA URUS AIR SELANGOR

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mempelawa Warganegara Malaysia (keutamaan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti di dalam kenyataan iklan  (rujuk IKLAN JAWATAN KOSONG LEMBAGA URUS AIR SELANGOR)Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui laman web PERMOHONAN JAWATAN KOSONG (luas.gov.my) Sila rujuk 'manual pengguna' yang disediakan dalam talian. Setiap Pemohon perlu membeli No.Pin yang berharga RM10.00 bagi setiap jawatan. Pembayaran boleh dilakukan secara Tunai di Kaunter LUAS atau secara atas talian 

PlusBaca Lagi

PEMAKLUMAN BERKENAAN GANGGUAN PERKHIDMATAN TELEFON DI LUAS BERIKUTAN KERJA-KERJA PEMBAIKAN PENDAWAIAN KABEL OLEH PIHAK TM

Adalah dimaklumkan talian telefon di Lembaga Urus Air Selangor sedang mengalami gangguan teknikal dan turut menjejaskan panggilan keluar masuk ke Lembaga Urus Air Selangor (LUAS). Sehubungan itu, sebarang urusan boleh dibuat melalui nombor aplikasi whatsapp LUAS di talian +60192647904. Pihak berkaitan telah menyelaraskan pembaikan segera kontraktor terlibat. Status talian telefon LUAS akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Pihak LUAS memohon maaf di atas kesulitan yang timbul. Harap maklum.

PlusBaca Lagi

PENGUMUMAN GANGGUAN TALIAN TELEFON LEMBAGA URUS AIR SELANGOR

Adalah dimaklumkan talian telefon di Bangunan Darul Ehsan sedang mengalami gangguan teknikal yang mana turut menjejaskan talian telefon ke Lembaga Urus Air Selangor (LUAS). Sehubungan itu, sebarang urusan boleh dibuat melalui nombor aplikasi whatsapp LUAS di talian +60192647904. Pihak berkaitan telah menyelaraskan pembaikan segera kontraktor terlibat. Status talian telefon LUAS akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Pihak LUAS memohon maaf di atas kesulitan yang timbul. Harap maklum.

PlusBaca Lagi

PEMBERITAHUAN CAJ PENGGUNAAN AIR (PINDAAN) 2025

Adalah dimaklumkan, Caj Penggunaan Air (Pindaan) 2025 berkaitan caj Utiliti Awam Selain Air Laut telah diwartakan dan berkuat kuasa pada 27 Mac 2024.[No. 1145.]

PlusBaca Lagi

Buletin Mingguan

Dapatkan berita terkini dua minggu sekali pada setiap hari Jumaat berkaitan pengurusan/aktiviti LUAS! Tuan/Puan boleh memuat turun newsletter seperti di bawah(MUAT TURUN NEWSLETTER LUAS BIL. 1/2024) (MUAT TURUN NEWSLETTER LUAS BIL. 2/2024)(MUAT TURUN NEWSLETTER LUAS BIL. 3/2024)(MUAT TURUN NEWSLETTER LUAS BIL. 4/2024)(MUAT TURUN NEWSLETTER LUAS BIL. 5/2024)(MUAT TURUN NEWSLETTER LUAS BIL.6/2024)(MUAT TURUN NEWSLETTER LUAS BIL.7/2024) (MUAT TURUN NEWSLETTER LUAS BIL. 8/2024) (MUAT TURUN NEWSLETTER LUAS BIL. 9/2024)(MUAT TURUN NEWSLETTER LUAS BIL. 10/2024)(MUAT TURUN NEWSLETTER LUAS BIL. 11/2024)(MUAT TURUN NEWSLETTER LUAS BIL. 12/2024)(MUAT TURUN NEWSLETTER LUAS BIL. 13/2024)(MUAT TURUN NEWSLETTER LUAS BIL. 14/2024)(MUAT TURUN NEWSLETTER LUAS BIL. 15/2024)(MUAT TURUN NEWSLETTER LUAS BIL. 16/2024)  (MUAT TURUN NEWSLETTER LUAS BIL. 17/2024)

PlusBaca Lagi
About LUAS
About LUAS

TENTANG LUAS

Penubuhan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bermula daripada arahan Jemaah Menteri pada Julai 1997 yang meminta Kementerian Pertanian, seterusnya Kerajaan Negeri Selangor supaya mengkaji cadangan bagi menubuhkan satu badan untuk menguruskan sungai dan sumber air secara bersepadu dengan mengambil Sungai Selangor sebagai projek perintis dan Sungai “Thames” di United Kingdom sebagai model pelaksana. Sehubungan dengan itu, penyelarasan peranan dan bidangkuasa antara agensi kerajaan negeri dan persekutuan telah dibuat bagi memastikan tidak wujud sebarang pertindihan fungsi dan tanggungjawab serta melancarkan perjalanan badan ini. Lalu LUAS ditubuhkan melalui kelulusan Dewan Undangan Negeri Selangor yang bersidang pada 9 April 1999. Penubuhan LUAS ini dilengkapi dengan sebuah enakmen iaitu Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999.

PlusBaca Lagi

PERKHIDMATAN LUAS

BERITA

LUAS

MESYUARAT JAWATANKUASA KHAS MENANGANI KEMEROSOTAN KUALITI AIR SUNGAI KEBANGSAAN

LUAS turut sama hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai Kebangsaan Bilangan 1 Tahun 2025 (JKKAS Bil 1/2025) di Royal Chulan, Kuala Lumpur. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri II, Y.A.B Datuk Seri Fadillah Bin Yusof.Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai dan Pantai LUAS, Pn. Haslina Binti Amer hadir membentangkan mengenai Strategi Peningkatan Kualiti Air bagi Kelestarian Sumber Air di Negeri Selangor. Hadir sama, Ketua Unit Pengurusan Alam Sekitar, En. Mohd Nazifi Nawawi.Pembentangan LUAS merangkumi dasar dan polisi pelaksanaan strategi pengurusan sumber air dan inisiatif  ‘way forward’ termasuk Zero Discharge Policy (ZDP) yang sedang dilaksanakan di Negeri Selangor melalui gubalan peraturan baharu iaitu Peraturan-Peraturan Pelesenan Pembuangan Air Kembalian dan Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Buangan dan Bahan Pencemar Negeri Selangor 2024.Tidak ketinggalan juga keperluan dan kepentingan kewujudan agensi-agensi khusus pengurusan sumber air di negeri diketengahkan agar pengurusan sumber air negeri-negeri di Malaysia dapat diperkasakan dan dilaksanakan dengan selari.Turut hadir wakil dan agensi berkaitan pengurusan sumber air dari negeri-negeri.   

Loader

MAKLUM BALAS

PENSIJILAN

SIRIMCERTIFIED TO MS ISO 9001:2015CERT. NO. : QMS 02863
SIRIMCERTIFIED TO MS 1900:2014CERT. NO. : QMS-i 00125
SAMMSkim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) for testing and/or calibration laboratorySAMM 916

TENDER & SEBUT HARGA

Tiada sebutharga/tender terkini

PERKHIDMATAN DALAM TALIAN

Online Service
Online Service
Online Service
Online Service
Online Service
Online Service

FOLLOW US

FacebookFollow us on Facebook
TwitterFollow us on Twitter
YoutubeFollow us on Youtube
RSSFollow our RSS Feed
InstagramFollow us on Instagram