Loader
Logo LUAS
Print

Bengkel Rancangan Kerja Tahunan (RKT) 2023 LUAS

Bengkel RKT LUAS diadakan pada 21-24 Disember 2022 di Grand Alora, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Bengkel selama 4 hari ini membincangkan rancangan kerja tahunan yang akan dilaksanakan bagi menjamin kelangsungan sumber air untuk rakyat Negeri Selangor ini lebih terjamin. Sesi bengkel pada kali ini turut membincangkan perkara-perkara/perancangan tambahan yang perlu dilaksanakan bagi tahun 2023 berdasarkan isu-isu pada tahun 2022 dan arahan-arahan semasa. Semoga segala perancangan yang akan dilaksanakan akan memberikan impak positif kepada pengurusan sumber air di Negeri Selangor. Bengkel RKT 2023 kali ini turut diadakan program transformasi ilmu bersama warga kerja Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK). Dalam pada itu, pihak LSANK telah membawa deligasi LUAS untuk ke Empangan Sabo, Yan, Kedah bagi melihat sendiri kawasan yang dilanda banjir kilat akibat insiden kepala air di sekitar Yan pada tahun 2021. Pengurusan sumber air dengan pendekatan-pendekatan yang diluar kotak dan berinovasi adalah penting untuk menjamin bukan sahaja ketersediaan sumber air akan tetapi juga keselamatan terhadap bencana yang dibawa oleh air. LUAS merakamkan penghargaan terima kasih kepada pihak LSANK atas kesudian menerima kunjungan LUAS bagi sesi perkongsian maklumat dan pengalaman tersebut. Semoga jalinan kunjungan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

FacebookFollow us on Facebook
TwitterFollow us on Twitter
YoutubeFollow us on Youtube
RSSFollow our RSS Feed
InstagramFollow us on Instagram