Loader
Logo LUAS
Print

Lawatan LUAS ke Command Centre KSSB

LUAS mengadakan kunjungan dan lawatan kerja ke Command Centre KSSB di Ibu Pejabat KSSB. Program transformasi ilmu bersama warga kerja KSSB bagi melihat sendiri teknologi terkini yang digunakan oleh pihak KSSB dalam melaksanakan tugas dan fungsi organisasi tersebut. Dalam pada itu, turut diadakan perbincangan mengenai pengurusan sumber air dengan pendekatan-pendekatan yang bersesuaian untuk menjamin bukan sahaja ketersediaan sumber air bahkan program-program pembangunan di atas badan air dan kawasan sekitarnya. Selain itu, program transformasi ilmu ini turut membincangkan mengenai penambahbaikan eleman dalam pelan SJAM yang diusahan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi memperkukuhkan pengurusan badan air selain mengharmonikan peranan setiap agensi dalam melaksanakan dasar Kerajaan Negeri Selangor. Delegasi yang diketuai oleh Pengarah LUAS, Ybrs. Ts. Tuan Haji Hasrolnizam Bin Shaari dan diiringi pegawai-pegawai LUAS telah disambut dengan meriah oleh Ketua Pegawai Operasi KSSB, En Mohamed Fariz Ghazali dan ketua-ketua Jabatan KSSB. LUAS merakam penghargaan terima kasih kepada pihak KSSB atas kesudian menerima kunjungan LUAS bagi sesi perkongsian maklumat dan pengalaman tersebut. Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

FacebookFollow us on Facebook
TwitterFollow us on Twitter
YoutubeFollow us on Youtube
RSSFollow our RSS Feed
InstagramFollow us on Instagram