Loader
Logo LUAS
Print

Majlis Peluncuran Buku "Selangkah ke Hadapan"

LUAS turut tidak ketinggalan hadir ke majlis peluncuran Buku "Selangkah ke Hadapan" Peranan Pentadbir Petaling Dalam Mendepani Covid-19 terbitan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) di Pentas Utama, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). YAB Dato’ Seri Amirudin Bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor hadir menyempurnakan majlis pelancaran buku hasil nukilan YBhg. Dato' Johary Bin Anuar, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Pengarah UPEN bersama tiga orang Ketua Penolong Pegawai Daerah (CADO) pada ketika itu, YBrs. Pn. Julaihah Binti Jamaludin, YBrs. Pn. Norazlina Binti Yusof dan YBrs. Pn. Nurmaziatul Akmal Binti Che Azhar. Turut hadir, YB Dato’ Dr. Ahmad Fadzli Bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, EXCO Belia, Sukan & Keusahawanan, YB Tuan Mohd Najwan Bin Halimi, YBhg. Datin Paduka Mastura Binti Hj Muhammad, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), YBhg. Datuk Seri Dr. Irmohizam Bin Ibrahim. Kehadiran LUAS diwakili, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai dan Pantai, Pn. Haslina Binti Amer. Hadir sama, pegawai-pegawai daerah dan ketua-ketua agensi negeri. Buku ini adalah dokumentasi istimewa yang merakam peranan para pentadbir daerah, khususnya di Pejabat Daerah dan Tanah Petaling dalam mendepani krisis pandemik COVID-19. Bertitik tolak daripada pengalaman sebenar Pegawai Daerah Petaling, Dato' Johary Anuar, dan pasukannya. Buku ini mengetengahkan naratif pengurusan bencana dari sudut pandang pentadbir yang berada di tengah-tengah operasi kritikal ketika krisis kesihatan global melanda negara. Diharapkan penerbitan ini menjadi dorongan kepada LUAS dan jabatan-jabatan negeri yang lain untuk menerbitkan sebuah buku seumpamanya berkisar tentang fungsi dan tugas pelbagai jabatan di Negeri Selangor selari untuk menyahut seruan Kerajaan Negeri yang mengalakkan penjawat awam negeri untuk menghasilkan buku dan menulis nukilan-nukilan yang terbaik.

FacebookFollow us on Facebook
XFollow us on X
YoutubeFollow us on Youtube
InstagramFollow us on Instagram
TiktokFollow us on Tiktok
RSSFollow our RSS Feed