Majlis Perasmian Pecah Tanah Taman Aero Selangor @ KLIA Aeropolis
LUAS turut hadir ke Majlis Perasmian Pecah Tanah Taman Aero Selangor @ KLIA Aeropolis yang dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan Y.B. Tuan Anthony Loke bersama Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin Bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor. Taman Aero Selangor ini dibina bertujuan membangunkan industri aeroangkasa sebagai usaha berterusan Kerajaan Negeri Selangor memacu ekonomi negeri. Taman Aero Selangor ini dilaksanakan dilihat sebagai hub kargo udara terkemuka ASEAN untuk membangunkan industri aeroangkasa, di samping mengukuhkan kehadiran Selangor sebagai pemain industri aeroangkasa. Pembangunan di kawasan berkeluasan 600 ekar itu sejajar dengan rancangan kerajaan untuk memperkukuhkan kedudukan KLIA sebagai pusat logistik dan aeroangkasa serantau. KLIA mempunyai keluasan 100 kilometer persegi dan berpotensi untuk dibina sehingga lima landasan (tambahan dua kepada tiga landasan sedia ada). Kehadiran LUAS diwakili Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai dan Pantai, Pn. Haslina Binti Amer. Turut hadir, Exco Pelaburan, Perdagangan, dan Mobiliti Negeri Selangor, Y.B. Tuan Ng Sze Han, Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi, Y.B. Tuan Dr. Mohammad Fahmi Bin Ngah, Speaker Dewan Negeri Selangor, Y.B. Tuan Lau Weng San, pegawai-pegawai kerajaan, ahli-ahli majlis dan dif-dif kehormat yang lain.