Loader
Logo LUAS
Print

Majlis Anugerah Sukan Negeri Selangor 2024

LUAS turut tidak ketinggalan hadir ke Majlis Anugerah Sukan Negeri Selangor 2024 yang disempurkan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin Bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor. Majlis yang diadakan ini bertujuan untuk mengiktiraf pencapaian cemerlang para atlet, jurulatih, dan pegawai pasukan Negeri Selangor di sepanjang tahun 2024. Turut hadir, EXCO Belia, Sukan & Keusahawanan, Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi, YBhg. Dato' Haji Mohd Fauzi bin Haji Mohd Yatim, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan YBhg. Dato’ Haji Abd Hamid Bin Hussain, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dan mantan Setiausaha Kerajaan Selangor YBhg. Dato’ Setia Hj. Haris Bin Kasim. Kehadiran juga disertai ahli-ahli dewan negeri, ketua-ketua jabatan pelbagai agensi, jurulatih dan atlet-atlet di bawah Negeri Selangor. LUAS diwakili Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai dan Pantai, Pn. Haslina Binti Amer. Atlet larian menara, Saudara Soh Wai Ching telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Olahragawan Negeri Selangor manakala Saudari Nor Farah Ain Binti Abdullah dari Boling Padang pula menerima Anugerah Olahragawati Negeri Selangor bagi tahun 2024. Anugerah itu, yang menyaksikan masing-masing membawa pulang wang tunai RM10,000, trofi iringan dan sijil yang disampaikan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor pada majlis di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz. Pasukan terbaik dimenangi oleh juara dunia e-sukan pasukan dari Selangor Red Giants (SRG) selepas menumbangkan Filipina Falcons AP Bren Sport di kejohanan Mid Season Cup Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024. Tahniah kepada semua pemenang, diharapkan kemenangan ini adalah pemangkin semangat supaya tidak cepat putus asa dan berjuang dengan lebih baik.

FacebookFollow us on Facebook
XFollow us on X
YoutubeFollow us on Youtube
InstagramFollow us on Instagram
TiktokFollow us on Tiktok
RSSFollow our RSS Feed