Loader
Logo LUAS
Print

Seminar Air Permukaan & Air Bumi Selangor (SAPBS) 2025

LUAS dengan kerjasama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) melalui Kelab Sukan dan Kebajikan LUAS (KSK LUAS) serta Kelab Sukan dan Kebajikan JMG Selangor (KESUKSES) dan juga kerjasama bersama Institut Geologi Malaysia (IGM) dan Digital Geoscience Global (DGEG) buat julung kalinya menganjurkan Seminar Air Permukaan & Air Bumi Selangor (SAPBS) 2025 di Hotel Concorde Shah Alam. Pengarah LUAS, YBrs. Dr. Ir. Ts. Hj. Mohmad Asari Bin Daud hadir merasmikan seminar pada hari ini. Penganjuran seminar ini khusus untuk berkongsi maklumat dan panduan bersama peserta/pihak berkepentingan/pemain industri yang terdiri daripada jabatan/agensi kerajaan, geologist, konsultan dan pemegang-pemegang lesen berkaitan aktiviti sumber air terutamanya aktiviti abstraksi. Topik yang dibincangkan di dalam seminar ini termasuk isu, cabaran, dan penyelesaian dalam pengurusan air permukaan dan air bumi. Seminar ini adalah salah satu platform untuk meningkatkan pemahaman pihak berkepentingan dan pemain industri berkenaan pengurusan sumber air terutamanya berkaitan pengendalian aktiviti abstraksi air permukaan dan air bumi. Selain itu, seminar ini juga disasarkan untuk membantu membuka peluang jalinan rangkaian antara pihak berkuasa, perunding dan pengguna. Dalam masa yang sama, wakil premis pengendali abstraksi air permukaan dan air bumi berpeluang bertemu dan berurusan dengan pihak-pihak yang berpengalaman luas dalam bidang pengurusan sumber air. Sesi taklimat di dalam seminar ini disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Pembangunan, En. Nor Zamri Bin Sondor dan Ketua Penolong Pengarah Perundangan dan Penguatkuasaan, Tn. Hj. Haizam Irwan Bin Toha. Selain dari LUAS, memberikan taklimat, P. Geol Tuan Wan Neq Haikal Bin Wan Abdul Karim, Penolong Pengarah JMG, Selangor turut berkongsi pandangan dan pengalaman berkaitan pengurusan sumber air bumi. Dalam pada itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai dan Pantai, Pn. Haslina Binti Amer turut terlibat sebagai salah seorang speaker di dalam Forum Pengurusan Air Permukaan & Air Bumi: Isu, cabaran dan penyelesaian untuk industri. Hadir sama, YBhg. P.Geol. Datuk Zamri Bin Ramli, Ketua Pengarah JMG merasmikan majlis penutup seminar pada sebelah petang. Seminar pada hari ini dihadiri pelbagai wakil badan kawal selia air negeri dan pemegang lesen/pemaju serta perunding khususnya yang terlibat dalam aktiviti abstraksi air permukaan dan air bumi.

FacebookFollow us on Facebook
XFollow us on X
YoutubeFollow us on Youtube
InstagramFollow us on Instagram
TiktokFollow us on Tiktok
RSSFollow our RSS Feed