Program transformasi ilmu bersama Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK)
LUAS mengadakan program transformasi ilmu bersama Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) sebagai salah satu proses untuk penggubalan peraturan baharu berkaitan aktiviti dan struktur melibatkan sumber air. Delegasi LUAS diketuai Pengarah, YBrs. Ir. Ts. Dr. Hj. Mohmad Asari Bin Daud bersama pegawai dan kakitangan LUAS berkaitan. Lawatan selama 3 hari ini bagi mendapatkan input berkenaan keberkesanan dan kaedah pelaksanaan pelesenan yang melibatkan aktiviti dan struktur di sumber air yang telah dilaksanakan di Kedah. Selain itu, ianya juga sebagai sesi perkongsian maklumat pengurusan sumber air di antara dua negeri merangkumi pelaksanaan peraturan dan garis panduan sedia ada. LUAS merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada LSANK di atas kesudian menerima kunjungan LUAS bagi sesi perkongsian maklumat dan pengalaman tersebut. Semoga jalinan hubungan kerjasama ini berkekalan pada masa akan datang.