Loader
Logo LUAS
Print

Libat Urus Belanjawan Negeri Selangor 2026

LUAS turut terlibat dalam program sesi Libat Urus Belanjawan Negeri Selangor 2026 bersama Dato' Menteri Besar Selangor yang diadakan di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara Kuala Lumpur. Majlis disempurnakan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin Bin Shaari, Dato’ Menteri Besar Selangor. LUAS diwakili Pengarah, YBrs. Ir. Ts. Dr. Hj. Mohmad Asari Bin Daud bersama Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai dan Pantai, Pn. Haslina Binti Amer dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Pembangunan, En. Nor Zamri Bin Sondor. Libat Urus Belanjawan ini adalah platfom percambahan idea dan input daripada akar umbi/pemain industri dalam penyediaan Anggaran Belanjawan Negeri Selangor 2026. Libat urus ini diadakan secara bersasar melibatkan jabatan/agensi/pemain industri. Sesi ini dilaksanakan bagi memastikan Belanjawan 2026 akan datang rakyat terus mendapat manfaat yang lebih luas daripada Kerajaan Negeri Selangor. Selangor akan terus meneroka potensi ekonomi baharu selari dengan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), termasuk ekonomi jingga, ekonomi penjagaan dan ekonomi kitaran sebagai usaha meningkatkan nilai tambah serta merancakkan inovasi.

FacebookFollow us on Facebook
XFollow us on X
YoutubeFollow us on Youtube
InstagramFollow us on Instagram
TiktokFollow us on Tiktok
RSSFollow our RSS Feed