Loader
Logo LUAS
Print

Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2024

LUAS turut sama hadir ke Majlis Perasmian Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2024 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Y.A.B. Datuk Seri Anwar Ibrahim. Program diadakan di Setia City Convention Centre (SCCC), Shah Alam. Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin Shari dan Pengerusi Kumpulan PNB, YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda serta Presiden selaku Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad. Dalam pada itu, delegasi LUAS diketuai Pengarah LUAS, Ybrs. Ts. Tuan Haji Hasrolnizam Bin Shaari dan pegawai-pegawai kanan turut bersama-sama hadir ke program tersebut. Permodalan Nasional Berhad (PNB) memperkenalkan Inisiatif Celik Madani: Celik Kewangan Belia Madani sempena penjenamaan semula Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Inisiatif itu juga bertujuan untuk memastikan golongan belia mula merancang kewangan pada usia muda dan secara terus membantu mengukuhkan kedudukan kewangan apabila terus menyimpan dan melabur bersama ASNB walaupun selepas tamat pengajian. Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2024 melabuhkan tirainyadi Setia City Convention Centre (SCCC), Shah Alam yang disempurnakan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor, Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin Shari. Pengarah LUAS, Ybrs. Ts. Tuan Haji Hasrolnizam Bin Shaari dan pegawai serta kakitangan LUAS tidak ketinggalan turut bersama-sama hadir ke majlis penutup tersebut. Tahniah kepada pengunjung-pengunjung bertuah yang memenangi hadiah-hadiah utama antaranya terdiri daripada 3 buah kereta dan sebuah apartment yang ditawarkan sepanjang MSAM 2024 ini berlangsung.

FacebookFollow us on Facebook
TwitterFollow us on Twitter
YoutubeFollow us on Youtube
RSSFollow our RSS Feed
InstagramFollow us on Instagram