Loader
Logo LUAS
Print
Diterbitkan pada :
Tamat pada : 2018-12-30
Jumlah pelawat : 1572

BENGKEL "HANDS ON" SISTEM PELESENAN KEMASUKAN ATAU PELEPASAN BAHAN PENCEMAR

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah menganjurkan Bengkel "Hands On" Sistem Pelesenan Kemasukan atau Pelepasan Bahan Pencemar pada 09 Ogos 2018 (Khamis) yang lalu bertempat di De Palma Hotel, Shah Alam. Majlis dirasmikan oleh Pengarah LUAS iaitu Dato Ir. Hashim bin Osman.

LUAS memperkenalkan kepada pengusaha atau pemegang lesen bahan pencemar mengenai "Licensing Effluent Discharge System" (LEDS). Proses permohonan sebelum ini menggunakan konsep manual dan kini LEDS merupakan sistem yang telah di tambah baik berciri baru dan mesra pengguna. Sistem ini akan digunapakai sepenuhnya oleh pengusaha dan pemegang lesen bahan pencemar.

Tujuan bengkel ini di adakan adalah untuk memperkenalkan sistem permohonan lesen terbaru kepada Pengusaha dan Pemegang Lesen Bahan Pencemar. Memberi keterangan serta kefahaman berkenaan prosedur permohonan lesen kemasukan atau pelepasan bahan pencemar melalui LEDS.

Jutaan terima kasih di ucapkan kepada pengusaha atau pemegang lesen bahan pencemar kerana sudi meluangkan masa untuk turut serta dalam bengkel ini. Pada orang awam yang ingin memohon lesen kemasukan atau pelepasan bahan pencemar secara online sila layari di laman web http://elesen.luas.gov.my.

LUAS LUAS

FacebookFollow us on Facebook
TwitterFollow us on Twitter
YoutubeFollow us on Youtube
RSSFollow our RSS Feed
InstagramFollow us on Instagram