Majlis Penutup Karnival Ban Canal 2024
Pengarah, YBrs. Ts. Tn. Hj. Hasrolnizam Shaari hari ini hadir ke Majlis Penutup Karnival Ban Canal 2024 yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) dengan kerjasama Selangor Canoe Association (SCAN), Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dan Sabak Bernam Development Area (SaBDA) yang bermula daripada 26 November 2024 sehingga 1 Disember 2024. YB Dato’ Ng Suee Lim, EXCO Kerajaan Tempatan & Pelancongan Negeri Selangor telah hadir merasmikan program penutup ini yang mana pelbagai program serta aktiviti menarik telah diadakan antaranya larian bendang, wall climbing, flying fox dan memancing. Alhamdulillah, pasukan LUAS berjaya menjadi johan bagi kategori Kayak Tertutup Single Wanita, Tempat Kedua bagi kategori Kayak Double Wanita, Tempat Kedua dan Ketiga bagi kategori Kayak Single Lelaki, Tempat Ketiga bagi kategori Double Lelaki dan Tempat Ketiga bagi kategori Perahu Naga Mix. Karnival ini secara tidak langsung dapat menarik pengunjung dari semua daerah di Negeri Selangor dan luar negeri Selangor untuk hadir bagi mempromosikan kawasan pelancongan di sekitar Sungai Besar, Sabak Bernam.