Loader
Logo LUAS
Print

Sesi penjurian Pertandingan Inovasi EKSA LUAS 2024 2025

Sesi penjurian Pertandingan Inovasi EKSA LUAS 2024 2025 di ibu pejabat LUAS. Setiap bahagian dan unit di LUAS telah hadir dengan pelbagai idea dan projek yang menyumbang kepada persekitaran kerja yang kondusif. Pertandingan ini telah bermula 30 Disember 2024 hingga 31 Januari 2025 lalu. Sesi penjuriaan ini diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai dan Pantai LUAS, Pn. Haslina Binti Amer dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan LUAS, Tuan. Haji Haizam Irwan Bin Toha serta Ketua Unit Korporat, En. Ishak Bin Kamaruzaman. Pertandingan ini adalah asas kepada pencetusan idea-idea inovasi yang mampu dikembangkan di LUAS. Pertandingan ini dapat meningkatkan produktiviti dan mutu perkhidmatan kerja secara berterusan serta merangsang daya kreativiti dan inovasi warga kerja LUAS. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua warga kerja LUAS melalui Zon-Zon EKSA yang telah mempamerkan penyertaan yang baik kali ini. Nantikan pemenang pertandingan ini.

FacebookFollow us on Facebook
TwitterFollow us on Twitter
YoutubeFollow us on Youtube
RSSFollow our RSS Feed
InstagramFollow us on Instagram