Latihan Penggunaan dan Pengujian Set Peralatan
LUAS sentiasa menitikberatkan setiap kakitangannya sentiasa berkemahiran dan cekap ketika mengendalikan peralatan dan kelengkapan semasa menjalankan tugasan harian di lapangan. Justeru, satu Latihan Penggunaan dan Pengujian set peralatan bagi pengukuran bacaan in situ kualiti air ‘Hydrolab HL4 Multiparameter Sonde’ telah diadakan melibatkan 23 orang kakitangan teknikal LUAS. Bengkel telah diadakan selama 2 hari ini di Hach Malaysia Sdn Bhd, Surian Tower, Petaling Jaya. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan dan pengalaman kepada kakitangan LUAS mengenai penggunaan alat HL4 dengan cara yang betul untuk mendapatkan bacaan parameter yang tepat. Instrumen ini dapat memenuhi keperluan ketika melaksanakan rutin pemantauan kawalan kualiti air dan membantu pengesanan aliran air yang tercemar. Dalam masa yang sama, peserta diberikan latihan amali di Taman Rekreasi, Mutiara Damansara mengenai tatacara penggunaan alat instrumen bagi mendapat keputusan analisa yang tepat mengikut standard yang telah ditetapkan dalam ISO. Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai dan Pantai LUAS, Pn. Haslina Binti Amer merasmikan program penutup.