Rehlah Ilmiah bersama Ustaz Halim Hafidz
Alhamdulillah selesai majlis bacaan Yasin dan juga Rehlah Ilmiah bersama Ustaz Halim Hafidz yang dianjurkan pagi ini menerusi Kelab Sukan dan Kebajikan LUAS. Pn. Haslina, Ketua Penolong Pengarah yang juga kini menjalankan tugas Pengarah LUAS serta Pengerusi KSK LUAS, En. Haizam Irwan hadir meluangkan masa di majlis ini yang dianjurkan bersempena ketibaan bulan Ramadan Al-Mubarak. Rehlah Ilmiah hari ini mengupas mengenai amalan suci ibadah puasa dan bulan Ramadan yang dapat diterapkan di dalam usaha kita bersama mengejar barakah dan rahmat Ramadan dan InshaAllah penghuni syurga Ar-Rayyan. Semoga majlis ilmu ini memberi seribu satu barakah untuk warga kerja LUAS. Dan semoga kita semua diberikan kesihatan dan kesempatan untuk sentiasa dapat meningkatkan amalan dan ibadah khususnya di bulan Ramadan yang bakal tiba. Ahlan Wasahlan Ya Ramadan.