Loader
Logo LUAS
Print

Sumbangan 1,500 pek juadah Hari Raya

Alhamdulillah, LUAS selesai mengedarkan dan menyumbangkan 1,500 pek juadah hari raya di beberapa lokasi sekitar Klang dan Putra Height, Subang Jaya. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai dan Pantai LUAS, Pn. Haslina Binti Amer bersama kakitangan LUAS sempat meluangkan masa untuk mengedar pek juadah raya tersebut. Pek juadah hari raya ini berjaya disumbangkan kepada Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Nur Kasih Selangor, Kampung Sungai Pinang, Klang, Masjid Darul Muttaqin, Sungai Udang Klang, Surau An-Nur, Tanjung Shawal, Kampung Sungai Pinang Dalam, Klang dan kepada pengamal media yang bertugas membuat liputan berkenaan insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Height. Sumbangan dan edaran pek makanan ini merupakan inisiatif LUAS yang prihatin dan menyokong usaha-usaha Kerajaan Negeri Selangor melibatkan insiden menyayat hati yang berlaku baru-baru ini.

FacebookFollow us on Facebook
TwitterFollow us on Twitter
YoutubeFollow us on Youtube
RSSFollow our RSS Feed
InstagramFollow us on Instagram