Loader
Logo LUAS
Print

Program Saringan Kesihatan

LUAS sentiasa prihatin terhadap tahap kesihatan seluruh kakitangannya agar warga kerja LUAS sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif untuk meningkatkan sumber modal insan dan produktiviti jabatan. Justeru itu, satu Program Saringan Kesihatan percuma telah diadakan bersama Hospital Columbia Asia, Klang. Program ini dapat membuka peluang kepada semua kakitangan LUAS untuk melaksanakan saringan kesihatan secara percuma bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan yang baik. Program ini bertujuan untuk mengenal pasti kakitangan yang mempunyai faktor risiko penyakit tidak berjangkit/Noncommunicable Diseases (NCDs). Inisiatif ini juga menggalakkan kakitangan agar sentiasa menjaga tahap kesihatan serta memberi pendedahan dan pengetahuan terhadap pencegahan penyakit di peringkat awal. Pengesanan awal membolehkan rawatan awal dapat dilakukan demi mengurangkan penyakit berisiko tinggi dan kematian. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai dan Pantai LUAS, Pn. Haslina Binti Amer juga meluangkan masa menjalani saringan ujian kesihatan di sesi ini.

FacebookFollow us on Facebook
TwitterFollow us on Twitter
YoutubeFollow us on Youtube
RSSFollow our RSS Feed
InstagramFollow us on Instagram