Loader
Logo LUAS
Print

Program ‘Cintai Tasik Kita’ di Tasik Shah Alam

LUAS bersama-sama terlibat dalam Program ‘Cintai Tasik Kita’ di Tasik Shah Alam anjuran Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Kehadiran LUAS dihadiri, Ketua Unit Korporat, En. Ishak Bin Kamaruzaman dan En. Muhammad Ariff Ameer Bin Zainalfikry, jurutera. Antara aktiviti yang dilaksanakan pada pagi ini, pembersihan tasik dan pensampelan kualiti air yang dikendalikan oleh Unit Pengurusan Alam Sekitar (PAS) LUAS di Taman Tasik Shah Alam dan perkongsian ilmu mengenai kualiti air dan kelestarian alam sekitar. Diharapkan segala perkongsian yang diberikan oleh LUAS ini dapat dimanfaatkan kepada para pelajar. LUAS merakamkan penghargaan kepada pihak Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di atas kesudian berkerjasama. Semoga jalinan hubungan kerjasama ini membuahkan hasil dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

FacebookFollow us on Facebook
TwitterFollow us on Twitter
YoutubeFollow us on Youtube
RSSFollow our RSS Feed
InstagramFollow us on Instagram