Program Pementoran LUAS 2025
Bagi memastikan kakitangan LUAS sentiasa mempunyai sikap kompetensi profesional dan untuk meningkatkan kecekapan kakitangan dalam perkhidmatan awam, satu lawatan penanda aras program Pementoran LUAS telah diadakan ke Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL). Kunjungan LUAS yang diketuai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai dan Pantai, Pn. Haslina Binti Amer disambut mesra oleh YDP MPKL, Tuan Mohd Hasry Bin Nor Mohd. Kehadiran LUAS bersama 22 orang kakitangan LUAS (6 Mentor & 16 Menti). Lawatan ke MPKL anjuran Unit Pengurusan Sumber Manusia dan Integriti (PSMI) LUAS ini mengambil kira MPKL selaku organisasi terbaik Negeri Selangor bagi tahun 2024 dan lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan input yang penting untuk dijadikan panduan dalam memperkukuhkan sistem pementoran yang lebih berkesan dan sistematik selain dapat mengeratkan hubungan antara kedua-dua organisasi dalam usaha memperkukuhkan mutu perkhidmatan kerajaan di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Selain itu, hasil lawatan ini juga dapat meningkatkan keberkesanan program pementoran di LUAS dan bertukar pandangan serta pengalaman dalam usaha memperkukuhkan sistem pementoran yang lebih berkesan dan sistematik. Program Pementoran Dalam Perkhidmatan Awam merupakan salah satu program yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 18 Tahun 2005.