Loader
Logo LUAS
Print

Program Kempen Bebas Plastik Negeri Selangor Tahun 2025 Siri 2

LUAS turut tidak ketinggalan hadir menjayakan Program Kempen Bebas Plastik Negeri Selangor Tahun 2025 (Siri 2) di Laman Seni Safari, Klang. Program telah disempurkan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin Bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor. Turut hadir EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar, Y.B. Pn. Jamaliah Binti Jamaludin, Speaker Dewan Negeri Selangor, Y.B. Tn. Lau Weng San, YBhg. Dato’ Haji Abd Hamid Bin Hussain, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK). Turut hadir sama Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai dan Pantai, Pn. Haslina Binti Amer serta pegawai-pegawai kerajaan, ahli-ahli majlis dan dif-dif kehormat yang lain. Dalam ucapan Dato’ Menteri Besar Selangor Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin Shari menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Selangor sentiasa komited dalam memastikan sumber air di Negeri Selangor sentiasa terpelihara. Kerajaan Negeri melalui LUAS telah melaksanakan beberapa tindakan bagi mengelakkan masalah pencemaran sungai dari terus berulang antaranya Pelaksanaan Kawalan Pencemaran melalui Polisi Pelepasan Sifar/Zero Discharge Policy oleh sektor perindustrian dan perkilangan serta pindaan Enakmen LUAS 1999 bagi pesalah-pesalah pencemar sumber air dari segi hukuman. Kempen Bebas Plastik yang dianjurkan ini sebagai sokongan berterusan terhadap pengurangan penggunaan beg plastik. Penganjuran kempen ini selaras komitmen Kerajaan Negeri dalam memperkukuh agenda kelestarian alam sekitar dan mengurangkan pencemaran plastik sekali guna. LUAS sentiasa selari dan menyokong penuh usaha Kerajaan Negeri dalam meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menghargai alam sekitar bagi membina komuniti yang lebih bertanggungjawab dan peka terhadap kelestarian alam semulajadi. Dalam pada itu, LUAS telah membuka pameran berkenaan kepentingan penjagaan sumber air. Kakitangan LUAS turut mengedarkan risalah/brosur hebahan berkenaan LUAS dan penjagaan sumber air kepada orang awam yang berkunjung ke reruai LUAS. Selain LUAS sebagai salah seorang pempamer, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Perhilitan, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Klang, turut membuka pameran.

FacebookFollow us on Facebook
XFollow us on X
YoutubeFollow us on Youtube
InstagramFollow us on Instagram
TiktokFollow us on Tiktok
RSSFollow our RSS Feed