Loader
Logo LUAS
Print

Program Air Selangor River Care anjuran Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.

LUAS turut sama terlibat dalam Program Air Selangor River Care anjuran Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. dengan kerjasama Sahabat Sungai Selaru yang merupakan salah satu komuniti Friends Of Rivers Negeri Selangor bertempat di Sungai Selaru, Serendah. Pengarah, YBrs. Dr. Ir. Ts. Hj. Mohmad Asari Bin Daud bersama En. Adam Saffian Bin Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. serta kakitangan LUAS dan Air Selangor bersama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar Sungai Selaru dan menanam pokok buluh. Program seumpama ini mampu meningkatkan kesedaran kepada penduduk sekitar sumber air dan masyarakat untuk sentiasa menjaga kebersihan di kawasan sungai dan memelihara alam sekitar di kawasan setempat.

FacebookFollow us on Facebook
XFollow us on X
YoutubeFollow us on Youtube
InstagramFollow us on Instagram
TiktokFollow us on Tiktok
RSSFollow our RSS Feed