Majlis Perasmian Festival Turath Islami Selangor (FTIS) 2025
LUAS turut tidak ketinggalan menghadiri Majlis Perasmian Festival Turath Islami Selangor (FTIS) 2025 di Dewan Solat Utama, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari hadir merasmikan FTIS yang disertai Y.B. Dato’ Dr. Ahmad Fadzli Bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, YBhg. Dato' Johary Bin Anuar, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Pengarah UPEN, Y.A.D. Sahibus Samahah Dato' Setia Prof. Madya Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir, Mufti Diraja Selangor. Kehadiran LUAS diwakili YBrs. Dr. Ir. Ts. Haji Mohmad Asari Bin Daud. Turut sama hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI Selangor, YBhg. Datuk Saipolyazan Bin M Yusop serta pegawai-pegawai kerajaan dan dif-dif kehormat yang lain. Festival anjuran Kerajaan Negeri yang kini memasuki edisi ketiga ini menawarkan pelbagai program ilmiah termasuk daurah kitab, tausiah perdana, serta sesi perbincangan bersama tokoh ulama. Antara tarikan utama edisi kali ini adalah pengajian dua karya besar iaitu Pengantar Ilmu Tafsir dan Tafsir Jalalain, nukilan dua ulama tersohor, Jalaluddin as-Suyuti dan Jalaluddin al-Mahalli. Orang ramai dijemput menghadiri FTIS 2025 yang berlangsung dari 12 hingga 20 Julai yang mana FTIS 2025 tahun ini memperkenalkan dua acara baharu iaitu Munaqasyah Ilmiah dan Festival Buku Islami yang dijangka menarik minat golongan akademik, pelajar, serta peminat buku dan kajian Islam. FTIS mula dianjurkan pada tahun 2023 sebagai salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Selangor dalam memantapkan pengisian kerohanian umat Islam.