Loader
Logo LUAS
Print

Majlis Penanaman Pokok Bakau Sempena World Mangrove Day 2025

LUAS turut bersama-sama hadir ke Majlis Penanaman Pokok Bakau Sempena World Mangrove Day 2025 anjuran Mah Meri Cultural Village dengan kerjasama Aquaria KLCC di Pantai Tanjung Rhu, Pulau Carey & Perkampungan Budaya Mah Meri. Program ini disempurnakan oleh DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor. Hadir sama, YAM Tengku Datin Paduka Setia Zatasha Binti Sultan Sharafuddin Idris Shah, YDM Tengku Dato' Mohamed Alhaj Bin Tengku Harun, Orang Besar Daerah Kuala Langat. Pengarah, YBrs. Dr. Ir. Ts. Haji Mohmad Asari Bin Daud hadir sama. Turut hadir pegawai-pegawai kerajaan, ahli-ahli majlis dan dif-dif kehormat yang lain serta pelajar-pelajar dari institusi pengajian tinggi tempatan. Program penanaman pokok bakau sempena sambutan World Mangrove Day 2025 ini adalah kesinambungan dari program serupa yang turut dilaksanakan pada tahun-tahun sebelum. Program penanaman pokok bakau merupakan inisiatif yang penting dalam usaha memelihara kelestarian alam sekitar, khususnya kawasan pesisir pantai terutamanya di Pulau Carey. Program ini juga, memperkenalkan budaya dan kesenian tradisional masyarakat orang asli Mah Meri. Para pengunjung yang hadir pada hari ini diserikan persembahan tarian, aktiviti menyumpit, melastik dan juga simulasi ukiran kayu yang menjadi salah satu keistimewaan masyarakat ini. Dalam masa yang sama program ini juga dilihat dapat mengetengahkan masyarakat orang asli Mah Meri ini sebagai salah satu keunikan dan kepelbagaian budaya masyarakat di Negeri Selangor.

FacebookFollow us on Facebook
XFollow us on X
YoutubeFollow us on Youtube
InstagramFollow us on Instagram
TiktokFollow us on Tiktok
RSSFollow our RSS Feed