Majlis Perasmian Penyerahan Projek Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) Pakej D
LUAS turut berkesempatan hadir ke Majlis Perasmian Penyerahan Projek Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) Pakej D- Stesen Pam Semenyih Jenderam Hilir, Sepang yang disempurnakan perasmiannya oleh Y.B. Dato' Ir. Izham Bin Hashim, EXCO Infrastruktur dan Pertanian. Kehadiran LUAS diketuai oleh Pengarah LUAS, YBrs. Dr. Ir. Ts. Hj. Mohmad Asari Bin Daud, Ketua Penolong Pengarah Perundangan dan Penguatkuasaan, Tn. Hj. Haizam Irwan Bin Toha, En. Mazhazuan Bin Harun dan En. Muhamad Nazreen Faiz Bin Nordin masing-masing jurutera. Turut hadir sama, ketua-ketua jabatan dari pelbagai agensi. Projek SJAM Pakej D - Stesen Pam Semenyih adalah merupakan sebahagian daripada projek SJAM inisiatif Kerajaan Negeri dalam menjamin ketersediaan bekalan air kepada pengguna. Projek SJAM Pakej D adalah kaedah alternatif bagi pembekalan sumber air mentah di muka sauk Semenyih dengan penglibatan dua kolam utama yang mampu menyumbang sebanyak 770 JLH sumber air ketika krisis sumber air (kering atau pencemaran). Projek ini dijangka akan membantu pembekalan dan pengagihan sumber air yang melibatkan sebahagian kawasan Negeri Selangor & Putrajaya. Keseluruhan Projek SJAM Pakej A, B, C dan D ini akan memberi banyak manfaat kepada rakyat Negeri Selangor dalam mengatasi masalah pencemaran sumber air mentah.