Loader
Logo LUAS
Print

Program Sambutan Hari Air Sedunia 2025 Peringkat Negeri Selangor

Alhamdulillah selesai sudah Program Sambutan Hari Air Sedunia 2025 Peringkat Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Taman Tasik Shah Alam. Simbolik kepada hari air yang disambut oleh dunia setiap tahun ini adalah kebersamaan dan kesedaran kita untuk menghargai keperluan air sebagai satu elemen penting dalam kehidupan. Air mengingatkan kita tentang kebesaran ciptaan tuhan yang mana adalah nikmat paling berharga kepada manusia dan semua makhluk untuk hidup. Majlis disempurnakan oleh DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor. Turut hadir Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (AMMKN), Yang Berhormat Ahli Parlimen, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor. Pelbagai aktiviti telah berjaya diadakan seperti pelancaran maskot rasmi LUAS, SUMAITA, senamrobik, pertandingan inovasi, pertandingan mewarna, pertandingan melukis, pertandingan permainan tradisional, aktiviti sukan air, demonstrasi pensampelan kualiti air dan gerai jualan. Taman Tasik Shah Alam ini dipilih sebagai lokasi sambutan Hari Air Sedunia pada tahun ini dengan tujuan untuk melestarikan pengurusan sumber air di Negeri Selangor bersama masyarakat dan komuniti dengan meningkatkan pemahaman umum bahawa pelbagai potensi boleh dikembangkan terhadap badan-badan air negeri seperti sungai, kolam dan tasik dengan aktiviti bermanfaat yang mana di dalam masa sama berfungsi sebagai bekalan air mentah. Jutaaan terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir ke Sambutan Hari Air Sedunia peringkat Negeri Selangor 2025. Jumpa anda di lain program nanti.

FacebookFollow us on Facebook
XFollow us on X
YoutubeFollow us on Youtube
InstagramFollow us on Instagram
TiktokFollow us on Tiktok
RSSFollow our RSS Feed