Mesyuarat Ahli Lembaga Urus Air Selangor Bil 2 2025
Alhamdulillah, telah selesai Mesyuarat Ahli Lembaga Urus Air Selangor Bil 2/2025 yang telah dipengerusikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shaari. Mesyuarat yang diadakan ini melaporkan dan membincangkan prestasi LUAS dari segi kewangan, pencapaian, penambahbaikan dan inisiatif-inisiatif sumber air negeri yang telah/sedang/akan dilaksanakan oleh LUAS. Semoga segala perancangan dapat memperkukuhkan dan meningkatkan lagi keberkesanan pengurusan sumber air negeri dan memberi manfaat kepada rakyat dan Negeri Selangor.