Loader
Logo LUAS
Print

Lawatan Pemantauan Off-River Storage (ORS) Hang Tuah, Bestari Jaya Bersama Timbalan Mufti Selangor

Buat julung kalinya YBhg. Dato' Dr. Haji Miszairi bin Haji Sitiris, Sahibus Samahah Timbalan Mufti Selangor merangkap Penasihat Syariah LUAS bersama hadir di lapangan Off-River Storage (ORS), Bestari Jaya bagi melihat dengan lebih dekat ruang lingkup kerja LUAS. Lawatan ini turut dihadiri YBrs. Ir. Ts. Dr. Haji Mohmad Asari Bin Daud, Pengarah LUAS. Kolam takungan ORS ini merangkumi enam (6) kolam berkeluasan 64.98 hektar dengan jumlah isipadu 3.142 juta meter padu (Mm3). Pada lawatan ini, YBhg. Dato’ Timbalan Mufti berpeluang melihat demonstrasi pengambilan sampel di stesen statik persampelan LUAS di sekitar ORS. Selain itu, YBhg. Dato’ Timbalan Mufti juga berkesempatan melawat LRA SSP2, HORAS 600 dan HORAS 3000.

FacebookFollow us on Facebook
XFollow us on X
YoutubeFollow us on Youtube
InstagramFollow us on Instagram
TiktokFollow us on Tiktok
RSSFollow our RSS Feed